Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Tuesday, March 29, 2011

Kerja gomenku - berkhidmat utk bangsa dan negara

Posted by Mama HZ Tuesday, March 29, 2011, under | No comments

Pertama kali pada hari ini Mama HZ nak share pasal kerja. Korang tau ke Mama HZ nih keje gomen? hehe tu pasal tajuk pon ala2  berkhidmat utk bangsa dan negara. ecehhhh... eh betulla mmg niat pegi kerja tu utk berkhidmat utk bangsa dan negara la. Tak tipu punya... LillahiTaala....

Lagi beberapa hari maka genapla usia perkhidmatan dlm gomen ni 4 tahun. baru je lg kan... keje kat jabatan mana yek? Korang pernah dengar jabatan nama MAMPU? under Jabatan Perdana Menteri. Tak pernah? Pernah? yg pernah tu mmg  beruntung la sbb Mama HZ dulu dah dapat surat lapor diri baru dengar nama MAMPU ni. Siyes tak pernah dengar sebelum tuh. mmg xder kena mengena langsung sblm masuk keje gomen. Nama penuh dia mak ai panjang berjela. Rasanya antara nama jabatan paling panjang kat Mesia ni. Dulu Mama HZ dah masuk keje 3 bulan baru boleh  hafal nama MAMPU in BM and BI. Tergeliat lidah nak menyebutnya. Hahaha korang yg tak pernah dengar boleh tanya En Google la. Maleh plak Mama HZ nak menaipnya... Cam soklan kuiz plak yek... cubala korang carik. Berapa cepat korang boleh hafal nama panjang MAMPU nih. eh, kwn2 MAMPU tak kira dlm soklan kuiz nih aaa...

Pejabat Mama HZ ni dulu kat Blok B, Kompleks JPM, Putrajaya. Baru2 ni (bln 11 thn lepas) kebanyakkan bahagian IT MAMPU termasukla bhgn Mama HZ kena pindah ke opis baru di Cyberjaya. Korg pernah nampak bangunan tepi highway MEX (dr/ke KL) tulis MAMPU? Klu tak perasan MAMPU, mungkin korang perasan JPA. hehe nama JPA lebih glemer dr MAMPU kan. Haa kat situla opis Mama HZ sekarang. Mmg lebih bahagia di opis baru ni, perjalanan pegi balik pon kejap je. Kurang menempuh jem berbanding nak masuk opis kat bulatan Putrajaya.

Agak2 apa la keje yg Mama HZ buat yek. Siap claim berkhidmat untuk bangsa dan negara plak tuh. heheh. Secara ringkasnya, kerja2 MAMPU mmg sebagai peneraju sebarang dasar dan perkhidmatan dalam sektor awam termasukla projek2 ICT. Ayat jawa yg senang nak paham, MAMPU buat sesuatu peraturan atau sistem baru, agensi Kerajaan / jabatan lain kena ikut dan buat. Haaaaa tu la yg membuatkan jabatan lain menyampah benor bila drg nama MAMPU nih. Asyik sibuk soh org lain ikut jer, mcm2 plak songehnyer... yer ke? Cer tanya org yg keje gomen tapi bkn kat MAMPU. Ada sesapa nak komen??

Sejak masuk MAMPU 4 thn lepas, kerja yg Mama HZ buat ialah projek SMS. hehe ayat jawa yg senang paham ialah sediakan service utk rakyat pakai SMS. Korg pernah dengar mySMS 15888? tu lah dia. Klu dulu org ramai nak dptkan service gomen kena datang kaunter, telefon, dan paling cepat pakai internet. Sekarang projek ni tambahkan satu lagi alternatif iaitu tru SMS. Ringkasnya, dgn hantar SMS, org ramai boleh buat semakan, hantar aduan, dapatkan borang & mcm2 lagi ada di mySMS ni. Antara perkhidmatan yang ada adalah seperti Semakan status myKad (nak check myKad dah siap ke dan dah boleh ambik dr kaunter JPN), nak semak waktu solat, nak semak saman polis, nak dapatkan result exam STPM dan MUET, nak undi AF (eh yg ni xder, tu auta). 

Nak jd kan sejarah, semakan keputusan SPM tahun 2010 boleh disemak menerusi mySMS bermula pd tahun ini. Sebelum thn ni mana bleh sebarang2. Ambik result mesti dtg sekolah.  Salam2 cekgu dulu..Tp thn ni, alternatif dah ada. Boleh tau result dulu pakai SMS.  Tu yg huru hara masa 23 Mac lepas. Lepas Ketua Pengarah Pelajaran umumkan result jam 9.30 pagi, semakan pakai SMS lak bermula jam 10.00 pagi. Terasa amat nevess kami semua time tu  mengalahkan acara undian SMS AF bila dibuka (yg AFUNDI tuh). 

Dgn hanya taip SPM SEMAK [noKP]  [AngkaGiliran] dan sms je ke 15888, keputusan ringkas SPM  akn diterima terus ke telefon bimbit anda. Keputusan penuh, calon masih perlu pergi sekolah ambik slip. kat sms ni dia bg singkat je cam 4A+, 3B-, 1C  etc. SMS di gateway mmg beribu riban. mmg jammed dan reply mengambil sedikit masa. walaupun sepatutnya bg service yg bkn hot, sms reply hanya mengambil masa beberapa saat. Yg hot mcm SPM ni, kena la tunggu que. Apa pon semak result SPM ni bermusim. service 23 mac lepas akan ditutup esok 30 mac jam 12 tgh mlm. Lepas ni kita tunggu plak service2 hot macam nak semak masuk PLKN, semak masuk U mana (UPU), dan lain2 keputusan exam (UPSR, PMR, STAM dsb). Korang kalau nak tau lebih lanjut pasal mySMS ni, contact la Mama HZ yek..


hehe tu la dia perkongsian cerita di petang hari ni. Cerita pasal kerja... saat yg paling manis dlm keje, bila projek yg kita buat dapat awards. Pengiktirafan dalam dan luar negara. Rasa berbaloi penat lelah dan usaha utk berkhidmat bg kepentingan rakyat Malaysia nih.. ecehhh mmg ayat gomen ko Mama HZ...


I punya card. eh td kata soh carik MAMPU tu apa  yek...

Gambar thn lepas nih. Tu pasal kalendar 2010
Antara kenangan manis mengharumkan nama negara dalam Projek mySMS 15888


Baca seterusnya di... Kerja gomenku - berkhidmat utk bangsa dan negara
Share

0 comments:

Post a Comment