Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Friday, January 28, 2011

Mama HZ Blog - New Look n Feel

Posted by Mama HZ Friday, January 28, 2011, under , | 2 comments

Alhamdulillah... setelah berhari2 study akhirnya blog dengan rupa baru dah pon ala2 siap. boleh la... dugaan nyer pon nak tukar template blog baru. yg tu dah pon berjaya. walaupon huru hara gak pada mulanya.

Namanya pon blog persendirian. hanya nak share personal info dan kisah2 keluarga. nak enjoy sharing dengan family and friends.

ingat lg dengan template blog Mama HZ sebelum nih? yg ni la template blog budak baru belajar buat - blog created in the middle year 2010.


Ha...sekarang presenting my new look n feel blog... taaadaaaaaa....

Homepage 1:

*

*

*


Homepage 2:

*

*

*

Home page 3:

*

*

*


Haaa...banyak nyer homepage? sebenarnya ia homepage yg sama. cuma template blog baru ni ada widget nak tukar2 gambar kat homepage. so next time boleh la tukar dgn gambar2 baru lak.

Hehe, selamat datang bagi yg baru mengenali blog Mama HZ ni. Salam perkenalan dan selamat bertukar info dan ilmu. Feel free utk tinggalkan mesej dan komen...

layan.....adios.............

Baca seterusnya di... Mama HZ Blog - New Look n Feel

Friday, January 21, 2011

This Blog is Under Construction..

Posted by Mama HZ Friday, January 21, 2011, under | No comments

Hehe suka suki je Mama HZ ni tak dak kerja.. maka dengan bangganya study cara2 nak tukar template blog. Di petang jumaat nih, kerja2 menggodek blog sedang berlangsung. Klu termasuk blog nih, dan tgk page n posting masih huru hara... ABAIKAN je yek.

Under construction kannnn.....

Baca seterusnya di... This Blog is Under Construction..

Friday, January 7, 2011

Selamat Datang 2011 & Selamat Memulakan Sesi Persekolahan

Posted by Mama HZ Friday, January 07, 2011, under , | 3 comments

Sempena pertambahan umur di tahun 1432 Hijrah dan tahun 2011 Masihi, semoga segala doa2 dan harapan yg baik2 dapat direalisasikan bersama serta senantiasa berada di dalam lindungan & rahmat Allah s.w.t.

Posting pertama di thn 2011? Yes, apa citer kali ni... sudah pasti cerita org yg mulakan sesi sekolah dgn sekolah yg baru.



Thn ni Hareez Zaqwan bersekolah Pra Sekolah di SK Putrajaya Presint 11(1). Ala dekat je dr umah. Tp jauh sket dr sek Tabika Perpaduan dia dulu. Sekolah lama mmg klu Mama jerit pon boleh dgr... hehe... Sekolah baru kat hujung jln dpn umah jer. rasanya adalah 1/2 km dr umah. Klu jln kaki sampai gak, cuma kompom bpeluh2, tp gud for exercise gitu.. (ckp jer, blom pernah buat lg pon hehehe).



Pembayaran yuran Pra Sek dibuat pd hari cuti free 31 hb Dis tu. Siap2 bayar yuran, beli baju sek, dgr taklimat cikgu, lawat kelas, tpt mkn, tpt main, tandas...





Isnin, hr pertama persekolahan. Sampai je sek, cikgu suruh berbaris, nak pergi assembly. Nak kena dgr pesanan, amanat dan arahan dr guru besar dan cikgu disiplin khususnya. Mak bapak pon sama kena dgr. berpeluh2 gak menunggu assembly habis, sbb nak tgk plak bebudak masuk kelas dan mulakan sesi belajar.



Ada 3 kelas Pra sek tu, Hareez duk Kelas Gemilang selain Kelas Cemerlang dan Kelas Terbilang. Cikgu2 dan kakak2 pembantu kelas mmg nampak baik. So, bebudak mmg tak takut dan stress kat kelas.



Pepagi mmg Mama kena hantar ke sekolah. Klu Mama xbleh, Papa kena ambik tender tuh. Cikgu kata sblm 7.30 pg kena sampai. balik jam 12 tgh hari. Memula bab balik sekolah ni, ingat nak soh Hareez naik van. Sekali Auntie Van tu charge RM 45 hengget sebulan daaa.. mahal tuh! bkn jauh pon, kek ujung jln tu jerk. okeh, x jadik. Tuko plan. Mama plan ngan Mama Karmila (jiran sblh rumah) nak tumpangkan Hareez dgn Karmila balik dengan Mama Fatimah AzZaharah. Hehe seb baik Kak Ramlah (Mama Fatimah) sudi tumpangkan. Senang hati Mama... Takde la Mama nak kena excuse setiap hari jam 12 tgh. Pening tuh... wat nyer ada meeting ker, kerja luar ker, nayala Hareez menunggu kat kantin sek sampai tghari.

Hari ni dah masuk hari Isnin kedua sekolah. Bangun pagi si Hareez masih lagi liat + menggeliat (ngantuk lagi lah, mata pedih lah, kaki sakit lah, etc...etc...). Mama punya pendekatan psikologi kena mantap. nak make sure Hareez bangun (tak nanges + bunyi bising) dan adik Hadiff tido n tak bangun awal.

Apa pun ceritanya, semoga Hareez diberikan semangat yg tinggi bagi menimba ilmu pengetahuan selagi hayat dikandung badan. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anakku dan berilah kesihatan yang baik serta jauhkan segala sifat Mazmumah daripadanya dan kekalkan segala sifat yg Mahmudah pada anakku Hareez.... Amin....



Adik Hadiff doa untuk Abang Hareez sekali ye.....

Baca seterusnya di... Selamat Datang 2011 & Selamat Memulakan Sesi Persekolahan

My Precious Topics

Mama's 1st Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mama's 2nd Hero

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sentiasa dalam Kenangan

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers