Assalamualaikum,
Tak payah beritahu, anda akan tahu juga. Blog ini dah rasmi ciri-ciri tidak berkemaskininya. Sawang di sana-sini. Aduhhh, too many stories, but too little time yg Mama HZ ada untuk blog neh.
Sempena ada masa beberapa minit, dah alang2 berjaya mencuri masa membelai blog, Mama HZ nak share apa yg Mama HZ bizikan di tpt kerja.
Apa lagi klu bukan projek mySMS 15888.
![]() |
Logo mySMS 15888 |
Anda anda anak, anak sedara, anak2 buah, adik yang menduduki peperiksaan UPSR thn ini? Semalam, 17 November, keputusan telah pon diumumkan. Tahniah bagi yg berjaya mendapat keputusan yang diidamkan, mahupun di luar jangkaan. Apa pun keputusannya, hidup perlu diteruskan dan perjuangan masih belum berakhir.
Apa pulak kena mengena UPSR dengan mySMS? Haaaa, ni lah nak citer. Klu zaman dulu2 sampaila thn lepas, nak tau result exam kita kena dtg sekolah baru boleh tau kan. Tp bermula thn ni, result exam dah boleh semak pakai SMS. Mudah dan ringkas. hehe ikut tagline la plak...
Result UPSR boleh disemak menerusi mySMS 15888 dengan menaip:
UPSR [AngkaGiliran] dan SMSkan ke 15888.
Untuk makluman, keputusan menerusi SMS ini hanya ringkasan sahaja. Cthnya dpt tau 3A, 2B, atau 5A. Nak tau BM dpt apa, BI dpt apa, Math dpt apa, student masih perlu hadir ke sekolah dapatkan slip rasmi di sekolah. Pakai mySMS, boleh semak cepat dan kurangkan debaran.
Sebelum terlupa, semakan pakai mySMS ini caj dia hanya 35 sen. 15 sen masa hantar, 20 sen masa dapat reply. Mudah dan murah bukan?
Maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, atau servis2 lain bawah mySMS, anda boleh terjah gitu portal mySMS di www.mysms.gov.my atau capai laman web ini melalui QR kod di bawah:
Salam Hari Jumaat dan hujung minggu... Anak2 sekolah dah merdeka untuk ke sekolah dan cuti akhir tahun yang panjang dah bermula.
Apa plan anda sempena cuti sekolah ini? Semoga dapat masa berkualiti bersama seluruh ahli keluarga, walau apa pon plan anda nanti..........
Daaaa......
Baca seterusnya di... Semakan keputusan UPSR 2011 menerusi mySMS 15888
1 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment