Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Monday, July 25, 2011

Kursus Kepakaran PTM - Trek Perancangan Strategik ICT

Posted by Mama HZ Monday, July 25, 2011, under , | 1 comment

Salam hari Isnin... Semoga semangat kerajinan berada disekeliling anda semua....

Mama HZ terasa amat lemau masuk opis setelah 5 hari bersantai di luar pejabat. Masuk2 opis, check balik emel, tacap sket kat planner, owh ada meeting itu, ada meeting ini, sapa kena pegi, sapa duk opis saja... Apa? kena kerja Khamis malam? Sapa punya idea la Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam nih... seb baik hr ni xder meeting... tgh mencari semangat yg hilang... kembali melaksanakan rutin kerja opis...

Kemana Mama HZ 5 hr bersantai? Tak kerja ke pegi mengulor bersantai2? hak hak... cer tgk surat kat bawah ni...
Surat Cinta dari JPA
Bukti hadir kursus sebab dapat tentatif program. hahaha


Haish minggu lepas dpt surat cinta kena pergi kerusus 3 hari. 3 hari kena berjuang hehe tanpa hero2 ku itu. Walaupun cuak sbb risaukan Hadiff xder Mama malam2, Mama gagahkan jua pegi kursus tu. Tak pernah lagi tinggalkan Hadiff sejak umurnya 3 bulan (Sekarang da 1 thn 10 bln ++). Tinggalkan masa umurnya 3 bln, mmg sakan dia nangis carik Mama memalam buta tu. Lps tu, baru kali ni lah Mama kena jugak tinggalkan Hadiff (tido mlm tanpa Mama). Seb baik Papa berjaya menguruskan hero2 itu dgn jaya sepanjang Mama pegi bersantai di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang Sepang.

Seri Malaysia tu dekat dgn chalet Camar Laut LKIM masa buat Hari keluarga opis Mama HZ dulu. Belakang LKIM tu jer. Cerita hari keluarga kat sini. Seri Malaysia, hotel kecil berhampiran laut, tpt makan2 seafood, juga Gold Coast Palm Garden Sepang yg serba cantik dah mewah itu. Tak caya cer tgk gambo nih, ihsan en Google...

Cantik kan, cam pokok kelapa sawit gitu (palm)
Eh, td nak citer Seri Malaysia, tetiba citer Gold coast plak. Tak pelah yek enterprem kejap. Mama kena pegi Kursus Pembangunan Kepakaran Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) utk Gred F41/44 bermula 20 Julai sampai 22 Julai (Rabu - Jumaat). Seb baik ada geng bertolak dr opis, Cik Azimah. Sama2 dpt Trek Perancangan Strategik ICT (ISP). Ada kursus trek lain gak kat tpt yg sama, Trek Keselamatan, Trek Pangkalan Data & Trek Rangkaian.  Peserta kursus dalam 77 orang bg keempat2 trek tu.

Trek ISP (ICT Strategic Planning)


Sedang hebak berkursus ni Ahli2 Kumpulan 1 - ISP
Peserta Trek ISP lainnya

Tenkiu Azimah, tumpangkan Mama ke Bagan Lalang, juga menjadi roomateku 3 hari 2 malam

Seronok juga pegi kursus, tukar angin, keluar opis jumpa rakan2 seperjuangan merangkap lain2 Pegawai Teknologi Maklumat dari agensi2 yg berlainan. Klu duk MAMPU ni jerk, tak berkembanglah skill dan pengetahuan mahupun network sesama PTM. Dapat jumpa geng2 tu yg best giler. Sempat juga bersosial dengan berbasikal dari Hotel Seri Malaysia ke tepian pantai lepas habis kursus hr pertama. So, kawan2, layan jelah gambar2 kenangan ni. Tak dapat kulupa kenangan menyepak pedal basikal itu....

Deretan basikal usang Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang. Sewa hanya RM5 sejam

Dah 10 thn lebih tak mengayuh basikal, krem tulang kaki

Geng2 melagho petang tu...

Posing sket... berangan nak stay hotel atas laut nun... tu la Palm Garden Gold Coast tadi...

Bersama roomate kursus

Jangan tak posing beb

Roshayati, Azimah, Tun Zazarina


Kursus tiga hari berakhir jam 12 tengahari Jumaat selepas majlis penutup dan penyerahan sijil oleh pihak JPA. Sehingga bertemu lagi kawan2. All the best to you all....

Kursus da abesss..... Daaaa

Masihkah korang ingat kawan2 ku?


Sekian sahaja cerita hari ini.... Adakah telah diiktiraf sebagai pakar PTM di Sektor Awam? hak hak rasa lawak pulak.... Pakar kemendanya .....Pakar makan ada la...

Balik opis buat mySMS balik la..... kasi up itu myMobile pulak.....

Baca seterusnya di... Kursus Kepakaran PTM - Trek Perancangan Strategik ICT

Monday, July 18, 2011

You'll Never Walk Alone

Posted by Mama HZ Monday, July 18, 2011, under ,,, | 2 comments

Abang sebut Libapool, Adik sebut baju yah..
Hari Sabtu - 16 Julai 2011 - hari cuti Mama kena tinggal dgn Papa dan Hareez. Tinggal Mama ngan Hadiff lepak2 kat umah. 2 beranak itu bersesak ke Stadium Bukit Jalil nak tengok secara live perlawanan persahabatan antara Pasukan Malaysia dan Liverpool.

Sempena minat mendalam Papa dgn Liverpool, anak2 dua org suda kena paksa masuk jadi fan juga.... 

Derang berdua ni mana kenal team lain selain Liverpool. Dah bapaknya asyik sebut tu jerk. Kira paksa dengan rela je bebudak ni. Lagipun Papa belikan maju merah tu. Pakai je la kan...

Papa pernah tanya Mama:

Papa : Klu bukan sebab Papa suka Liverpool, Mama sokong team mana?
Mama : Sokong Malaysia....
Papa : Team ober si laaa...
Mama : Ntah, x sokong mana2 kot. Tak masuk kepala otak Mama team bolasepak nih. Kalau Malaysia main, Mama sokong la...

Hehe sorry Papa klu soklan tu tak mencapai objektif. Eh, apa objektifnya Papa tanya Mama soklan tu yek....

Thank you Papa belikan baju Merah ni.
Walaupun Abang sorang jer dapat ikut Papa pegi stadium. Adik cam biasa, tinggal umah.... Papa beli tiket masuk ngan Pak Long, Pak Cu & Abang Man, tentu Hareez taknak ketinggalan jugak....

Praktis anak2! Sebut Liverpool betul2.... bkn Libapool la Abang....

Walaupun Papa demam sejak Jumaat lagi, Mama tau dengan semangat membara la Papa sampai ke stadium tu. Papa gagahkan jugak demi Hareez pes time nak pegi stadium tgk live game.

Papa x sihat. Hareez excited
Tugas Mama hr tu, kena hantar dua beranak ni ke Putrajaya Sentral. Nak naik train ke Bukit Jalil. Malas nak drive n bersesak carik parking lak kata Papa...

Ok Mama, dah ready nak pegi ni...
Game bermula jam 5.45 petang. Tatau la kul bape sampainya 2 beranak ni lepas Mama hantar ke stesen kul 3.30 tadi. Enjoy...

MAS vs LIV

Mama ngan Adik Hadiff cari Papa ngan Abang dlm TV, tak nampak pulok...
Aik, tak seronok ke Hareez? Papa hilang demam sekejap... Kan ada Pak Cu ngan Abg Man.

Tu dia Pak Long enterprem ngan baju Kuning...

Papa ngan Hareez balik rumah kul 10.30 mlm. Pak Cu hantar sampai rumah, so tak der chance nak naik train lagi. Hehe... Sampai rumah, topi kuning tu pakaikan kat Adik.. tu je la Adik dapat. 

Adik Hadiff bertopi kuning. layan je la....
Game berakhir dengan catatan Malaysia 3 - 6 Liverpool. Walaupun kalah, tetap maintain, asalkan bukan telur ayam kan... Cayalah Safee Sali dgn 2 gol bergaya utk Malaysia tu. Hehe Safiq Rahim pon best gak tuk gol pembukaan Malaysia. Tu jelah 2-3 kerat nama pemain bola yg Mama kenal. Aci?

Mama tgk kat TV pon enjoy. Boleh jerit2 ngan Adik, sambil makan2, nak pegi toilet pon dekat. Duduk bawah kipas lagi, tak yah sempit2. hehe tp mesti bestkan pengalaman tgk live kat stadium? 

Anda ada pengalaman yang sama?



Baca seterusnya di... You'll Never Walk Alone

Monday, July 11, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Papa HZ

Posted by Mama HZ Monday, July 11, 2011, under , | No comments

Allah Selamatkan Kamu....
Allah Selamatkan Kamuuu...
Allah Selamatkan Papa HZ!
Allah SelamatkanKamu......

 Dear Papa HZ,

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran @ 8 Julai, walaupun dah 3 hari berlalu, hari ni baru Mama berpeluang mengucapkannya di blog ini. Sorry yek, kira belated skettt jer...



Papa yang serius, kadang2 garang jugak...


Semoga hari2 mendatang Papa dipenuhi kebahagian, keceriaan, kasih sayang Allah s.w.t. buat kami berlindung di bawah jagaan dan bimbingan Papa. We love you so much!

Hareez sayang Papa
Hadiff sayang Papa
Kami sayang Papa...
Muuuahhhh papa...


Mama mohon maaf atas segalanya dan will love u until the end of the day towards the akhirat... Amin....


Liverpool fans to be (ke kena paksa?)
You'll Never Walk Alone Papa.....


Muuuaahhhhxxx...


Baca seterusnya di... Selamat Ulang Tahun Kelahiran Papa HZ

Wednesday, July 6, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Posted by Mama HZ Wednesday, July 06, 2011, under ,, | No comments

Salam petang Rabu, 6 Julai 2011 bersamaan 4  Syaaban 1432.

Dari sehari ke sehari nak cerita pasal larian kat sekolah Hareez. Minggu lepas mmg plan awal nak balik kg. Tp oleh kerana dapat surat dari cekgu kata Hareez kena pegi sekolah hari Sabtu 2 Julai tu, maka balik kg pon tunda ke petang sket. Papa HZ pon kena pergi kerja la plak. Apa syonok ke kena kerja hari Sabtu tu yek...isk..isk..

Sambung cerita Hareez pagi2 dah kena gerak dr tido (sama je mcm hr sekolah biasa) sebab surat cekgu bagi kena pegi sekolah seawal jam 6.40 pagi. uishh.. subuh ada lagi tu, hari Sabtu plak tu... kena la Mama bangun siap awal2 gak. Klu lambat sket nnti adik Hadiff pon bangun, pastu panjanglah cerita nya pulak. Nampaknya Mama sorang kena pegi sekolah, Papa ngelat kali ni...

Kad Penglibatan Ibu Bapa. Tula sapa anak dah sekolah, mak bapak pon kena sekolah balik...
Berhimpun mendengar taklimat sebelum memulakan larian
Bosan je muka Hareez. Seb baik dah bekpes sblm pegi td. Cer carik mana satu Hareez

   
Sebelum memulakan larian. Larian dimulakan oleh pelajar sekolah menengah, lepas tu baru budak2 sekolah rendah. Budak Pra Sekolah berbaris depan sekali.   
                                                            








Penat ke Hareez? Berpeluh gak la dia...
Al kisahnya, Mama pon ikut jalan sama. Nama je program larian, tp cekgu tak bagi berlari utk kanak2 pra sekolah ni. So Mama pon layan je la jalan kaki sama2 geng pra sekolah ni. Bkn jauh pon. Selalu pegi jogging ngan Papa tu lagi jauh. Lagi pun pegi sekolah asyik naik kete je, sesekali rasala pulak jalan kaki kan....

Larian dimulakan dengan jarak 1.5 kilometer, dijangka akan balik rumah jika salah arah

Selepas berakhir program jalan kaki, budak2 sekolah diberi sarapan. Mama plak tak sarapan td, sempat minum segelas Milo jerk. Tak boleh jadi nih. Kena gak isi minyak. Blom boleh balik lagi ni. Ada program mewarna plak lepas. Kalau tunggu balik, kompom Mama lapo giler. Maka, Mama mengorak langkah ke kantin sekolah. sama2 berbaris ngan murid2 lain dan ibu bapa utk beli sarapan.

Nasi lemak, abis. Kuih2, abis. Roti, abis. Aik, semua abis nak makan apa plak ni. "Puan boleh beli nasik campur", kata pakcik kantin tu. Tadak pilihan, Mama pon berbaris nak beli nasik campur. Ambik nasik sket, 3 ketul ayam kecik2 mcm potongan paprik, kuah sket = RM 3. Air sirap = RM 0.70. Fuh, sirap gitu pon 70 sen, mahal giler, bkn ke zaman Mama HZ sekolah dulu sirap tu baru 10-20 sen jerk. haihhhh....

Acara seterusnya adalah pertandingan mewarna bersama ibu bapa. Budak2 Pra Sekolah mengambil tempat di koridor dan mewarna beramai2. Hareez tanpa toleh kiri kanan terus mula. Tada toleh Mama dah..


Hareez tgh hulur pensil colour suruh cekgu sharp kan

Setau Mama hasil warna lukisan itu, boleh2 saja. hehe anak Mama sorang ni tak minat mewarna. Kejap arah atas bawah, kejap ke kiri kanan.

Berakhir kisah seorang budak sekolah dan Mama yang kena pergi sekolah sekali. Hehe petang tu lepas zuhur, kami pon bertolak balik kg Sg Besar. Nak jumpa atuk dan nenek pulak. 1 julai tu besday Atuk... 
Selamat Hari Lahir Atuk Hussin....

Semoga diberi kesihatan dan kelapangan. Dipelihara Allah dunia akhirat..... Amin....


 

Baca seterusnya di... Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia