Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Wednesday, April 27, 2011

Hari Keluarga opis Mama HZ

Posted by Mama HZ Wednesday, April 27, 2011, under , | No comments

Assalamualaikum, afternoon my dear frenz...

Sesaja mengisi luang masa sambil bekerja hari ni.. Cerita hari keluarga yang dah lama berlalu. Rasanya hampir dua minggu lepas.

Kami kat opis pakat2 buat hari keluarga kat Bagan Lalang, Sepang. Korang pernah sampai sana? Sebelum pergi, dikhabarkan Bagan Lalang ni ada pantai, tak berapa cantik tapi ada gak orang yg mandi manda. Nak makan ikan bakar dan segala macam seafood dgn harga murah pon boleh ke sana. oooo menarik tu, lagipon ada peluang nak sewa chalet2 kat situ dgn harga murah dan amat berpatutan. Ada gak penginapan 5 bintang, rumah atas air gitu. Yg tu mmg keles la, Sepang Palm Garden Gold Coast. tp satu malam sewa dia sampai 1.7K keatas.

Resort & tpt latihan dgn harga berpatutan
Selepas perancangan teliti dan kerjasama warga bahagian, kami bersama dgn penuh semangat nak buat hari keluarga ni. Konsep yg digunakan adalah GOTONG ROYONG. hah apa tuh? Kata nak mkn barbekiu, tu la nak gotong royong mengipas segala mcm seafood. Masak2 bersama,  cuci dan cucuk seafood kat lidi sate bersama2. ala2 nak buat kenduri masak sendiri gitu... 
Deretan chalet Semi-D. Mama HZ bawak Wawan n Abg Man Hareez join sekali
Chalet Semi-D ada 2 bilik, aircond, 4 single bed

Ruang tamu ada sofa, tv, mini fridge. Turun tangga sket ada bilik mandi dan tandas.

Majlis utama hari keluarga Bahagian eKL, MAMPU bermula 16 April 2011 (Sabtu) di Pusat Latihan LKIM Camar Laut, Sg Pelek, Bagan Lalang, Sepang. Lepas check-in kat bilik kat chalet masing tugas kami pon bermula mengikut kerja yg dah diberikan.
  • Kumpulan 1 : Beli segala macam seafood - ikan, sotong, kerang, udang mengikut bajet utk lebih kurang 170 org ~~ 49 keluarga. Cadangan utk di bbq kan termasuk ayam yg telah diperap siap2 dari rumah, sosej, jagung dan kentang. Ada gak menu nasi goreng, soto, kuah kacang, rojak buah dan mcm2 lg menu yg ditaja ikhlas oleh org perseorangan. Mama HZ bwk karipap dan kuih kasuwi.
  • Kumpulan 2 : Cuci2 team n potong2 sotong dan taruklah garam dan kunyit
  • Kumpulan 3 : Persediaan utk bbq. Cucuk udang dan sosej dgn lidi sate
  • Kumpulan 4 : Kumpulan Kipas2 sedunia. Kipas bahan makanan utma utk acara bbq
  • Kumpulan 5 : Kumpulan ni Mama HZ join. Kerja kami menyediakan tpt/kawasan majlis bbq. Susun atur stesen bbq, meja, kerusi, belon, tpt nak susun mknn, tpt nak letak hadiah etc...
Tpt cadangan semua acara berlangsung

Khemah yg siap disusun atur, belon yg telah berjaya menghiasi kwsn tu
 
Majlis mkn tak rasmi dah bermula sejak kami berkumpul lagi. Ada yg siap goreng cucoq bawang lg sambil kami buat kerja. Mmg best. Masing2 sibuk mengalahkan emak pengantin. Lps maghrib, majlis sebenar bermula. Time Pengarah bg ucapan sket, kami dah belasah mkn 2-3 round. Best gak mkn bawah pokok, bergelap (x cukup terang), tepi padang dgn angin pantai sepoi2 gitu. Acara belah malam :
  • Belasah semua makanan yg ada sampai habis selagi terdaya
  • Acara tukar2 hadiah sesama kami. 
  • Acara sambutan hari lahir dgn 3 biji kek.
  • Games spontan utk kanak2
  • Tayangan wayang "Hantu Kak Limah Balik Rumah"
  • Karaoke
Lps Mama dpt hadiah mlm tu, terus balik chalet. Hadiff dah ngantuk tak tidur sejak dr dtg tgh hr tadi. Org lain mmg layan karaoke sampai kul 2 pagi. huh serender lah nak join...


Pagi Ahad dimulakan dengan acara Senam Seni dipimpin khas oleh Olahragawati JPM yg terkenal, kiranya dijemput khas gitu. Sarapan pagi kami tak masak gotong royong dah, order je dr caterer. Ada nasi lemak, kuih karipap dan nugget utk kanak2.


Lepas tu adalah acara yg ditunggu2 oleh kanak2 termasuk Hareez. Acara sukaneka dr budak umo 1 thn sampailah acara utk org dewasa. Mama jd jawatankuasa sukaneka nih. mmg bertungkus lumus make sure plan dan bhn2 sukaneka tu inplace. hadiah pon byk. Antara acara sukaneka hr tu :
  • Kanak2 1-5 thn - rebut gula2, cari gula2 dlm tepung n bwk bola ping pong dlm sudu pakai tgn. yg ni Hadiff join separuh rela sbb Mama paksa. hehe nak bg dpt hadiah gak..
  • Kanak2 6-12 thn - isi air dlm botol pakai span, lari kepit bola n mewarna.
  • Remaja 13-17 thn - makan buah tembikai, bwk bola ping pong dlm sudu pakai mulut n tiup belon sampai pecah
  • Dewasa - lari ikat kaki berpasangan, baling belon berpasangan, cina buta berpasangan dan bowling kelapa.
Padang untuk acara senam seni, sukaneka dan acara bebas kanak2

Abis acara sukaneka, kami dah kepenatan. Mkn meehun dgn ayam goreng yg derang goreng panas2 kat bwk pokok tu. kul 12 tgh kami check out. Mmg seronok sesekali dpt bersosial ngan ahli keluarga kwn2 satu pejabat. Isk...best lah...lenkali kita pegi tpt lain plak yek... Layan la gambar2 ni utk kenangan bersama...


 
Pondok herba - bersebelahan padang, berhadapan pejabat urusan Camar Laut

Antara tetamu sebelum majlis bermula

Persediaan sebelum majlis malam bermula

Mangsa hidangan BBQ kami

Sibuknya mak2 dan bapak2 pengantin. anak2 dara pon sama

Ahli kipas sampai masak. Jangan sampai hangus ye..

Masing2 kan dah diberi tugasan....



Terbayang keriuhan dan kegembiraan gotong royong beramai-ramai

Pandangan pantai Bagan Lalang menghala ke Sepang Palm Garden Gold Coast
 
Padang yang luas

Waktu ptg, angin mmg kuat. Boleh main layang2
Gambar2 Sukaneka x sempat copy lg. Lenkali Mama tepek kat sini yek.
Daaa...........



Baca seterusnya di... Hari Keluarga opis Mama HZ
Share

0 comments:

Post a Comment