Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Friday, April 1, 2011

9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak

Posted by Mama HZ Friday, April 01, 2011, under ,,,, | 2 comments

Assalamualaikum sahabat2 ku dan saudaraku sekaliannya... Hari ini Mama HZ terpanggil nak share pasal kasih sayang dengan anak2. Sebagai ibu, bab ni mmg selalu manggamit perasaan. Bila dah berstatus ibu, dah pernah mengandungkan, melahirkan, menatang zuriat sendiri, mmg akan lebih memahami perasaan kasih sayang ibu dan anak2 ni kan... 

My heros - first and third HZ

Mama HZ dah ada 2 boys (The HZs) dipinjamkan Allah bagi membahagiakan kami di dunia ini. Sempena kedatangan April, rindu Mama bertambah2 lagi kerana merindui seorang lagi zuriat Mama di sana - my second HZ. Semoga kita akan dipertemukan disana nanti nak... Mama rindu kamu....

Maka, sama2 lah kita menambahkan pahala dengan setiap tindakan kita sementara masih ada usia di dunia ini dengan perkongsian ilmu di bawah:

  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

"Ya Allah peliharalah kami dari segala macam keburukan di dunia ini. Pimpinlah hati2 kami supaya tetap berada di jalanMu Ya Allah. Janganlah Kau palingkan rahmat dan nikmatMu pada kami hambaMu yang kerdil ini Ya Allah............."

Baca seterusnya di... 9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak
Share

2 comments:

terharu bila baca...
kiter share kak fb kak zai..tq 4 da gud tazkirah ini...huhu!

Dear Ada, share je bila2 nak.. Sharing is caring and loving..

Post a Comment