Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Tuesday, December 28, 2010

Pengalaman Berkhatan (anak & Mama)

Posted by Mama HZ Tuesday, December 28, 2010, under , | 6 comments

Berkhatan...
antara pengalaman yang mesti dilalui oleh semua orang Islam. Samada kanak2 lelaki atau perempuan. Bagi Mama yg ada anak lelaki nih, pengalaman Hareez berkhatan pon sama2 kena lalui jugak...

Hareez baru berumur 5 thn. tp dah sunat? bagusnya, kecik2 da nak sunat. ramai yg kata camtu.. nak tau camner cerita Hareez boleh terbuka hati nak bersunat pd umo 5 thn? perkataan khatan dan sunat akan digunakan secara bergilir2 lps nih....

-CERITA SEBELUM BERSUNAT-

Suatu petang, ada dokumentari pasal berkhatan kat TV1. cerita tu berkisar cara berkhatan moden vs traditional. dia tunjuk camner cara lama nak sunat. kena berendam dalam sungai, disiram oleh bomba pakai paip besar, berkhatan beramai2 kat balai raya. tok mudim siap tunjuk skill mengasah pisau dan alat2 yang digunakan utk acara sunat tuh. lepas berarak beramai2, digendong duduk atas bahu org dewasa, turn utk sunat la plak. dia tunjuk bebudak yg sunat kena duduk atas batang pisang dan ada 2 org budak lelaki besar (belasan thn) yg akan pegang budak bersunat tu. part 'tut.....' dia blur kan. mmg tak nampak la. tp dia tunjuk tok mudim tu sembang2 dulu, baca doa dan...eh dah siap sunat pon. ada yg lepas tu ditanya "Sakit tak?" - bebudak tu senyum jawab "Tak...." - dengan muka senyum selamba.

masa Mama ngan Hareez tgk cerita tu. saja la Mama provoked Hareez.
Mama : Tgk abg tu sunat. dia senyum jerk. tak sakit pon. berani nyer abg tu...
Hareez : Hareez pon nak sunat. Hareez berani ....

Dokumentari diteruskan dgn cerita pasal sunat moden yg ada sekarang. Samada nak pakai laser atau pemilihan alat bantuan yang dikenali sebagai 'clamp'. katanya pakai alat tu kurang sakit dan cepat baik. tak payah jahit2 bagai macam cara tok mudim dulu2..

Selps menonton dokumentari tu, bila ditanya pasal sunat, Hareez akan jawab "Hareez nak sunat, Hareez berani!"
Tanya lg: betul ke berani ni?
Hareez : Betul....
Tanya lg: Tapi sunat tu sakit. ada darah... betul ke nak sunat gak?
Hareez : Betul....
Tanya lg : kat doktor ker kat atuk yg pakai pisau tuh?
Hareez : kat klinik yg ada doktor.
Tanya lg : Betul ni nak sunat? (klu perasan soklan yg sama ditanya. soklan ni ditanya berulang2 utk tempoh sebulan)
Hareez : Betul... tp ngan abg Man....

Sepupu Hareez, abg Man (Luqman,10 thn) mmg bercadang nak sunat thn ni. Mmg tu la idola Hareez pon. Ada la geng nak sunat. tanya2 kat org, klu budak dah mintak, better sunatkan ajer. dah alang2 dia nak...
Tanya kat nenek, nenek pun terkejut gak mulanya. tp... jwpn yg sama. sunatkan jelah....

lepas persetujuan Mak Long (Mama Abg Man), maka Mama pon tempahla date utk sunat Hareez & Abg Man.. kat klinik Lita Alis Presint 9 Putrajaya. klinik ni xder pakai clamp, tp pakai laser. Tgk dari list yg nak sunat, Hareez mmg peserta termuda yg mendaftar...


-CERITA SEMASA BERSUNAT-

Hari yg ditunggu2 pon tiba. Pagi 5 Disember Hareez dan Luqman dah mandi & bersiap. Tp Pak Long (Papa Luqman) plak yg x sampai2 balik dr Jakarta. Tunggu punya tunggu kul 11 gak br gerak ke klinik. sampai klinik, list yg menunggu dah panjang. mmg dpt turn 2 org terakhir dan ada lg 4 org menunggu. Average seorg bdk bersunat antara 20-30 mit. bergantung gak klu dia menangis mmg drag la masanya kata nurse kat situ... so, drpd menunggu kat situ lelama & nmpak plak org yg menangis, better kitorg balik dulu tunggu kat umah. x jauh pon umah - 5 min boleh sampai.

Org cakap klu nak sunat, better pagi2. kurg sakitnya. org yg kata... tp tunggu turn je nak masuk kul 1.30 ptg. mmg x dptla peluang nak sunat waktu pagi. Nurse kat klinik call "Kak, ada lg 2 org nih, klu akak nak dtg ok la...."

kul 1.45 ptg kami gerak balik ke klinik. nampaknya ada lg sorg menunggu. sempat lg Papa Hareez, Pak Long, Hareez & Luqman pegi makan roti canai kat kedai mamak selang berapa pintu dr klinik tu. Sambil berangan Mama ngan Mak Long menunggu, tetiba nama Hareez dah kena panggil. Alamak! orgnyer tgh mkn roti canai lg tuh... terpaksala Mama berlari anak memanggil geng roti canai nih... ish..

Sbb nama Hareez dipanggil dulu, maka Abg Man kena tunggu lg lah... Mama, Papa ngan Nenek temankan Hareez masuk. Dr yg akan sunatkan nama Dr Yousman. mula2 dia sembang2 tanya nama, umur. bg lollipop lg. pastu dia tanya betol ke nak sunat (tanya lg soklan nih). Hareez dgn bangga la jawab. "Betul, Hareez berani nak sunat...."

Pastu sesi bacaan surah Fatihah. pastu dr ckp nak spray sket. nanti rasa sejuk. pastu dah spray, dr pon cucuk bius kat beberapa tpt keliling tuh. Hareez dah start cuak. Apsal lama sgt nih. Dia ingat sunat tu sekelip mata dah siap ker? adoyai...

proses nak make sure ubat bius berjln mkn masa beberapa minit gak. Hareez dah x saba.
asyik2 tanya : "dah siap ker? lama lg ker? cpt la dr....."

Dr pon gunting la sedikit bhgn hujung. mmg bdarah. ibu bapa x thn tgk, mmg cuak gak. lps tu proses nak jahit dan pakai laser utk berentikan darah. masa nih, Hareez siap bgn tgk dia punya 'tut' tu. kena la Mama btindak pegang bhgn bdn dia supaya x bgn. mmg dia x sabar dah....dah kuar air mata dah....

Selepas beberapa minit "berperang", maka sesi sunat berakhir. Lps tu Hareez x nak jln. kena dukung dia nak kuar bilik dr. babai dr pon tak nak dah masa dr bg pesanan2. Dr siap bagi sijil kenangan "Hareez Zaqwan binHazrin telah dikhatankan di Klinik Lita Alis pada 5 Disember 2010 - Menangis / Tidak Menangis". Dr pangkah yg menangis tuh. hehe lawak...sunat pon ada sijil...

kuar bilik dr, turn Abg Man plak masuk. nurse bg mkn 2 ubat sebelum balik. lps byr kos RM120, Hareez x saba ajak balik umah. Tak nak tunggu Abg Man dah....

Sampai umah, terus baring. bukak abis kain pelikat dia. tp x nak bg kena agin. Soh tutup kipas, aircond xper plak. Merengek gak dia sampai kuar ckp "Hareez nak jd girl la...x nak sunat". Mama kata "Hareez da jd big boy pon. X yah sunat dah lps ni. sekali jer sunat tu...". lps merengek2, soh Mama tunggu dia pon tertidur... dpt gak rehat...

Hareez da tidur baru Abg Man balik dr klinik. Abg Man kuat, x nangis pon. Tp sakit katanya... Maka bermulalah episod berpantang dan menjaga org lps bersunat....

-CERITA SELEPAS BERSUNAT-

Beberapa perkara perlu dititikberatkan utk jaga org lepas sunat nih. hehe Mama nak turunkan ilmu nih. kot2 sesapa melalui pengalaman sama nanti, jgn gabra plak ye:

Tips 1 : Pemakanan - Bab jaga mkn Hareez mmg senang. Masak sup ayam jer hari2. klu x sunat pon, mmg itu la pon mknn dia. ayam boleh mkn, cuma jgn bagi bhgn kulit dia. tp nugget, sosej, telur mmg x boleh ye sayang... bkn apa takut gatal. elakkan mknn yg gatal. nnti dia asyik garu, boleh bernanah. lmbt plak baik luka tuh.

Tips 2 : Cucian bhgn luka (part utama) - Dr pesan 2 hari lps sunat jgn bg kena air (x boleh mandi). lps tu kena dtg klinik balik utk bukak balutan & cuci luka. Sblm pegi cuci kat klinik, Nenek bg tips supaya tuang baby oil banyak2 kat plaster tu supaya senang nak cabut. so, bila dr bukak nnti, dia dah x sakit. Lps tu kena mandi dan basahkan tpt luka. biar basah balutan tu dan pegi klinik dlm masa 1/2 jam.

Masa dr check, dia kata luka tu ok. sunat cantik, cepat baik nih. rasanya xder apa2 komplikasi. ok Mama kena continue cuci luka kat umah. dr bagi ubat bunuh kuman, utk letak lps mandi supaya x bengkak dan bernanah.

So, part jagaan luka mmg paling mencabar. Setiap hari kena suruh Haraeez mandi berendam dlm besen mandi adik Hadiff. Dalam air suam tu letak sesudu garam dgn 2-3 keping asam jawa. Petua ni utk matikan kuman dan supaya luka cepat kecut. sblm mandi, basuh 'tut' dia dgn air rebusan daun pucuk jambu batu. pon biar cepat kecut dan baikkan luka.

sambil berendam, Mama kena belek 'tut' Hareez supaya segala kotoran dikeliling luka tu tanggal. seminggu gak pagi & ptg Hareez kena berendam bila mandi. Hareez naik syok plak, ala2 adik yg mandi air suam dlm besen. Lps mandi, kena sapu krim yg dr bg kat keliling tpt yg dijahit. bila dah kering, kotoran tu cepat tanggal. yg tinggal daging yg licin dan luka yang dah baik....

Tips 3 : Kurangkan lasak - ptg ahad lepas bersunat tu, lps bgn dr tido, Hareez dah mengadu bosan. Nak bangun, nak jln2, nak main game. Hilang dah sakit dia, lupa dah perasaaan dia bersunat tadi. uish, tak boleh lg la sayang. kena baring diam2. bila dah baik nak buat apa pon boleh... Nenek dah pesan, jgn turun naik tangga (umah 2 tingkat, ada tangga dlm umah). Mama pon asyik pesan, jln perlahan2, jgn lompat2, tido jgn lasak (seb baik tido straight jer, x pusing2 pon). Playground pon x bleh pegi. kena jaga adik Hadiff jgk supaya x menyerang Abg Hareez. jauhkan diorg berdua dulu. Maka Hareez dilayan cam anak raja, nak turun bawah didukung. nak apa, ckp jerk. siap layan game dgn netbook Mama lg. seb baik ada Acik yaya melayan kerenah dia.

Tips 4 : Buang air besar/kecil - Lps bersunat Hareez boleh terus buang air kecil. nampaknya dia tak takut (atau tak terfikir) pasal sakit ke klu buang air kecil nih. Sebenarnya, xder kena mengena pon kat tpt jahit tu. cuma klu basuh kat hujung dia saja. nak senang, ambik kapas, basahkan dan lap kat hujung 'tut' tu. klu x basuh takut ada kuman plak. lambat baik nanti.... Utk memastikan 'tut'nya sentiasa kering dan bersih, Mama akan lap dgn wet tissue.
Lps 2 hari baru Hareez buang air besar, pon xder takut2 dah. normal jerk...

Tips 5 : Perisai - Perisai? apa nih? Haaa ... org dulu2 akan ikat hujung kain dan gantung kat atas supaya kain x terkena kat 'tut' tu kan. tp Hareez pakai perisai khas. nak tau apa? pakai bekas plastik /tupperware berbentuk bulat yg menutupi keliling 'tut' dia. ala saiz dia bulat sebesar saiz piring. jd kain boleh dipakai seperti biasa tanpa terkena bhgn yg nak dielakkan. nak jln pon senang. duduk main game pon boleh... hehe..


Sunat hari ahad, hr rabu nampaknya tido mlm Hareez dah boleh peluk bantal guling dia. selamba jerk. tido siap meniarap pon ada. hari jumaat dah berani pakai seluar dan dah turun naik tangga jugak. penat mulut Mama nih tegur dia. jgn tuh, jgn nih... huh. cuma bab pantang mkn jer yg jln. yg lain, lupa dah sakit dia.....


Haaa tu la serba sedikit pengalaman sunat Hareez dan Mama Hareez plak kena menjaganya. seminggu Mama cuti tuh. ada org kata sunat kecik2 cepat baik. tatau la betul ker tak. Mama rasa, bab penjagaan paling penting sbb itu yg akan menentukan luka tu cepat baik atau tidak. Apa pon, Alhamdulillah Hareez dah selamat bersunat. seb baik adik Hadiff kecik sgt lg. klu tak Mama soh sunat sekali ngan Abg Hareez. tak pela.. giliran adik nanti plak yek...tunggu besar sket...

Entry ni xder gamba sbb Mama xder picture Hareez sblm dan slps sunat tuh. kat camera Papa la. Papa tulun masukkan dlm ini entry buleh?

moga pengalaman ni boleh dikongsi bersama... Abg tolong jaga adik plak bila turn adik nnti yer... :)

Baca seterusnya di... Pengalaman Berkhatan (anak & Mama)

Tuesday, December 21, 2010

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

Posted by Mama HZ Tuesday, December 21, 2010, under | No comments

Baca seterusnya di... ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

Monday, December 20, 2010

Mcm2 da berlaku....

Posted by Mama HZ Monday, December 20, 2010, under ,, | No comments

Salam akhir tahun....



Dah bersawang-sawang blog ni nampaknya... almaklum.. blog di web. macam2 dah berlaku, macam2 cerita nak cerita... cuma tak tertaip kat sini... maklum (lg?) sajalah... Mama HZ nih mmg berbody bz....

ada macam2 cerita nak cerita... cerita Hareez dulu ker...cerita Hadiff dulu ker... ish...cerita Hareezlah.....

Alhamdulillah Hareez Zaqwan dah berjaya sembuh lepas dikhatankan pada Ahad 5 Disember 2010 yang lepas...sehari sebelum hari jadi Mama (perlu ke mention gak?)

Hareez jd org yang paling muda yg kena sunat kat Klinik Lita Alis presint 9 putrajaya nih. Mmg niat nak sunat ngan "Abg Man", watak utama idola Hareez - sepupu dia. mencabar gak ceritanya pd hari kejadian...Siap dapat sijil kenangan, ala2 sijil penghargaan nama org2 yang kena sunat kat klinik tuh.

Lepas intensive care by Mama selama seminggu (coti la Mamanya), hari Jumaat - hr ke 5 dah berani pakai seluar. lepas pakai seluar mmg dah tak makan saman budak ni. wpun Mama kata "jgn lari2..." - x pedulik. "jgn turun naik tangga" - pon x pedulik. seb baik bab pantang mkn ni boleh jln lagi sbb si Hareez ni pon bukan jenis belasah makan semua. lauk dia hr2 sup pon takper...

Majlis kenduri sunat Hareez memang meriah. Atuk, nenek, Cumi, Acik Yaya, family PLong, family PNgah, family Acu & jiran2 pon datang. Wawan balik umah masak2.


Hadiff punya citer lak. Dari sehari ke sehari semakin banyak akal pandainya. Semakin banyak perkataan dia ikut nak belajar cakap. Gigi da ada 15 batang. cuma nak tunggu gigi taring terakhir belah kiri bwh yang tunggu masa nak muncul. sekali tgk, gigi mmg dah penuh... huish...mknn org lain sibuk nak mintak. kalau mknn dia kemam dalam mulut lama2. kembung pipi dia...

Semakin pandai main bola, sepak, baling. nampaknya Hadiff menunjukkan minat kepada BOLA. Tunggu je nnti aksi Hadiff layan bola....

Sebelum Hareez bersunat, kami dah pegi jalan2 makan angin kat PD. Stay 1 mlm kat Permaisuri Beach Resort. Main kat swimming pool, pastu mandi kat beach.



Ada gak jln2 p KLCC. yela, kang kena pantang masa sunat. Tak leh wat mende pon. kuar pegi playground pon x boleh. kena pantang pon tp game kat PC & netbook masih boleh main... layan je la mcm anak raja....

Demikianlah sedikit sebanyak cerita yg ala2 imbasan secara tidak langsung. Maka sawang2 kat blog ni bolehla dikira removed untuk jangka masa yg ntahla tak tau lg.
Pictures dibawah telah disnap secara nak-tak-tak, ada-tak-der. Layan je la....



Tahun depan, Hareez akan daftar ke sekolah baru. Pra Sekolah Kelas Terbilang - Sekolah Putrajaya Presint 11 (1). Moga Mama ada masa luang untuk coret di sini cerita-cerita seterusnya. untuk kenangan kami bersama jua.....

Till then....babai....

Baca seterusnya di... Mcm2 da berlaku....

Tuesday, November 2, 2010

Majlis Konvokesyen & Tabikarama Hareez Zaqwan

Posted by Mama HZ Tuesday, November 02, 2010, under , | 1 comment

Hareez da konvo? mmg betol.... lepas ni kena prepare resume lak. nak cari kerja...
hahaha tingginye angan2 Mama.. x sabar nak menantu ker?

tak la... dolu2 kita sebut konvo tu dah tentu lepas abis belajar u... sibuk plak nak kerja. Sekarang ni, lepas abis kelas Tabika Perpaduan umo 5 tahun pon dah buleh konvo... beruntung budak2 zaman nih, kecik2 dah merasa camner konvo tu...

Sabtu lepas, 30 Oktober 2010, Majlis Konvokesyen & Tabikarama Hareez Zaqwan dibuat di Dewan Auditorium Parcel E, Putrajaya. Ketiga2 sekolah Tabika Perpaduan dlm Putrajaya ambil bahagian sekali.

Majlis dimulakan dengan tayangan video filem animasi Upin & Ipin. Byk kisah pengajaran dan teladan dalam video tu. Bdk2 kan suka karakter tu. Siap maskot Upin dan Ipin datang sekali untuk beramah tamah dengan kanak2 dan juga keluarga.

Lepas tu ada sedikit perasmian dan ucapan bla bla bla.... tu tak menarik. Yg menarik bila sesi persembahan kanak2 tabika ni dimulakan. Sekolah pertama, mempersembahkan gerak senamrobik berirama. biasak je... Sekolah kedua plak derang buat ala2 pantomin. cikgu baca cerita, bdk2 berlakon kisah "Ulat bulu yg hodoh menjadi rama2 yang cantik". hehe best gak tp x dgr suara bebudak tu pon...

Persembahan terakhir adalah dr sekolah Hareez. Persembahan Boria Miskin Kaya. Derang nyanyi sambil buat gaya tarian. mmg Besttttla... x sangka anak Mama salah sorang yg ada atas pentas tuh. Besar dah anak bujang Mama sorang ni..

Lps persembahan, tibalah acara yang ditunggu2. Majlis penyerahan sijil konvokesyen. Maka berbarislah seorang demi seorang kanak2 tabika ke atas pentas. Mmg kelam kabut gakla... dgn mak bapak nya sibuk nak ambik gambar anak masing2. Dgn maskot Upin Ipin pon menyibuk kat atas pentas. At the end, sijil yg Hareez dapat nama org lain. huh, seb baik bkn konvo sebenar lg....


Majlis berakhir jam 11 pagi. lepas tu mmg sesi bergambar je. So, layan je la gambar2 yg sempat Mama snap ni.

InsyaAllah tahun depan, Hareez akan tukar sekolah. Persekitaran baru lak di Pra Sekolah SK Putrajaya Presint 11(1). jauhhh sket je dr sek sekarang. Harap2 semua ok. dulu memula kat sekolah tabika ni pon tatau camner Hareez sekolah. Sekarang dah abis pon setahun, siap konvo lagi kan....

Moga anak Mama akan membesar dengan sihat dan bijak serta mempunyai akhlak yg terpuji dengan sifat2 mahmudah..... Amin.......

Baca seterusnya di... Majlis Konvokesyen & Tabikarama Hareez Zaqwan

Friday, September 3, 2010

Happy 1st Birthday Hadiff Zikkry bin Hazrin

Posted by Mama HZ Friday, September 03, 2010, under , | No comments




Alhamdulillah.. Hari ni 3 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431. The 2nd HZ - Hadiff Zikkry dah berumur satu tahun.


Masih teringat lg setahun yg lalu, Mama hanya dapat posa selama 10 hari. hehe sambut raya awal sempena menyambut kelahiran Hadiff. Jenuh gak Mama mengganti posa 20 hari tu.. walaupun jenuh, posa habis diganti sblm masuk bln ramadhan thn ini... Alhamdulillah..

Hadiff senyum n gelak jer bila Mama n Abg Hareez nyanyi lagu happy birthday pagi td. tak paham mende lagik yek.. Takpe sayang.. proses pembelajaran kan berterusan. Sempena Hadiff berumur 1 tahun, berikut merupakan pencapaiannya setakat ini:


  • Hadiff dah berjalan walaupun lesen L. Boleh bangun sendiri tanpa bantuan. Angkat montot, berdiri tegak, stabilkan bdn, n jln terkedek2 dgn kaki keciknya tuh... kalau lambat sgt sampai , dia prefer merangkak sbb lg laju. boleh lumba ngan org lain.
  • Gigi dah banyak. Dah ada 10 batang - 4 batang belah atas, 4 batang belah bawah n 2 batang gigi geraham atas.
  • Suka memanjat mengalahkan abg Hareez sebaya umurnya dulu. Panjat sofa, panjat meja, panjat katil, panjat grill, panjat tangga...huh lotih....
  • Makan apa aja lebih2 lagi mknn Abg Hareez. Mesti nak tumpang. Buah, sup, telur, meehun, nasik...
  • Masih minum susu Mama walaupun ada topup FM. Hadiff memilih susu gak. Susu Mama hisap sampai bunyi2 botol. klu susu FM, x abis pon...
'Hadiff Zikkry - Doa yang sama sayang.. Mama sentiasa doakan anak Mama ni diberi kesihatan yang baik, akhlak seperti junjungan kita Rasulullah saw dan diberi ilham seperti para malaikat... Semoga menjadi pembimbing kepada semua insan disekelilingmu suatu hari nanti termasuklah Mama dan Papa sendiri.. Amin....'

Lagi 1 minggu semua umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Moga2 time tu Hadiff dah laju jln. X yah Mama dukung jer. boleh raya sakan. Sakan ker? tak la...cuma ganti balik raya thn lps yg masa dlm pantang n x jln kemana2 pon tu....

Dikesempatan ini, Mama HZ sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin dipohon buat semua yang mengenali kami. Semoga musim perayaan ini memberikan sejuta keceriaan dan mengeratkan lagi kebahagiaan serta silaturrahim sesama kita.... Amin...


p/s: Hareez n Hadiff nak mintak hadiah birthday + duit raya sekali... Jgn lupa tau... (Mama bg pihak jer...)

Baca seterusnya di... Happy 1st Birthday Hadiff Zikkry bin Hazrin

Friday, August 27, 2010

Happy 5th Birthday Hareez Zaqwan bin Hazrin

Posted by Mama HZ Friday, August 27, 2010, under , | No comments

Alhamdulillah... Hareez Zaqwan dah berumur 5 thn pada 20 Ogos 2010 yang lepas. Da seminggu baru Mama berpeluang upload n update sket cerita besday Hareez ni.

Hareez memang menanti-nanti kedatangan 20 hb. Hari2 tanya "hari ni berapa Ogos Ma?". Mama jawab "13 hb... lagi 7 hari".. Sampaila hari yang ditunggu2.. Hareez demam la plak... batuk teruk sampai muntah2. Ponteng sekolah lagi 20 hb tu, hari jumaat... aii virus demam kembali menyerang..

Bangun pagi hari Sabtu, baru dia teringat pasal besday dia. Demam dah kebah sket, boleh bangun dan lompat2.
Hareez: "Ma, hr ni da berapa Ogos?"

Sebelum jawab, Mama tau dah sure dia tension sebab hari ni hari Sabtu dah pun 21 Ogos. Padahal semalam (jumaat) tu Mama dah wish Happy Birthday kat dia walaupun demam. Hareez buat derk jer sbb x larat nak bangun.

Mama :"Hari ni 21 Ogos. Besday Hareez semalam. Da lepas 20 Ogos la...".
Hareez: "Alaaa Hareez nak 20 Ogos..." (sambil aksi merengeknya datang).
Mama: "Laa da terlepas la sayang. Masa Hareez demam semalam tu la...."
Hareez: ~~ buat muka tensionnya ~~
Mama: "Hr ni kita pegi berbuka umah Acu ye. Nanti Mama beli kek. Hareez boleh tiup lilin dengan *Abg Man, Kak Long, Kak Ngah, Kak Cah....".
Hareez: " Yeaa.."

*Nama2 berikut adalah sepupu sepapat Hareez. Sure syonok dapat tiup lilin dengan ramai org nyanyi lagu happy birthday....


Hari ni 27 Ogos 2010 - Hareez da 5 thn dan 1 minggu. Maka lagi 1 minggu pulak, Hadiff akan berumur 1 thn pd 3 Sept 2010 nanti. Dua2 thn ni bestday dalam bulan puasa wpun xder kesan sebenarnya... hehe. Kita tunggu cerita bestday Hadiff pulak nanti...

'Hareez Zaqwan - Mama sentiasa doakan anak Mama ni diberi kesihatan yang baik, akhlak seperti junjungan kita Rasulullah saw dan diberi ilham seperti para malaikat... Semoga menjadi pembimbing kepada semua insan disekelilingmu suatu hari nanti termasuklah Mama dan Papa sendiri.. Amin....'


Baca seterusnya di... Happy 5th Birthday Hareez Zaqwan bin Hazrin

Thursday, August 12, 2010

Dugaan yang datang...

Posted by Mama HZ Thursday, August 12, 2010, under , | No comments

Terasa lamanya menyepi sbb bila bukak blog sendiri, entri masih sama. Dlm 3 minggu blog ni bukak hanya nak baca update kwn2 blog Mama HZ. Sebenarnya mcm2 happened dlm masa nih.. sgt x sempat menulis di blog sebab bkn blogger tegar pon (huh alasan... boleh terima ker?)

Sempena Mama HZ kembali ke pejabat hr ni, maka kesempatan diambik (buang masa sbnrnya) nak coret sket. Apa jd ni sampai br hr ni Mama HZ masuk opis?

3 minggu lepas, Hareez Zaqwan accident. Accident? yaaa accident sampai kuar darah bagai. dia berlari dan langgar tembok batu kat dapur. Apa lagi memancut darah kat belakang kepala. Gabra gak...yelah ingat benjol jerk, tp yg kuar darah la plak. Maka dgn segeranya pergi Emergency @ Hosp Putrajaya. Nama je emergency, tp dlm 1 1/2 jam kami menunggu. Jam 10.30 mlm baru dipanggil. Darah kat kepala Hareez pon dah kering. Siap lompat2 lagi. lupa kepala tu sakit. Lepas check by doc & MA, seb baik x kena jahit. hanya letak gam supaya bhgn tu lekat balik. luka tu x dlm rupanya. Alhamdulillah... Hareez x der pening, demam atau muntah. Hrp2 xder effect lepas terhantuk tu... esoknya doc pesan jangan pegi sek. Pastu x bleh lompat2 kat playground. So, ponteng sek sehari... Ambik gambar ni luka pon dah nak baik, x berapa nampak lg...



2 minggu berlalu.. 1 pg Rabu Hareez mengadu sakit mulut bila nak gosok gigi masa mandi nak pegi sek. Balik kerja ptg tu time mandi Mama HZ perasan ada bintik2 merah kat tapak tgn.Eh! apa neh? Apakah? Lps Papa sampai umah, mlm tu terus kami bwk HZs (Hareez & Hadiff) pegi klinik. bwk gakla adik sbb adik pon nampak mcm nak demam.

Lepas check, doc tu sahkan Hareez kena jangkitan wabak tangan, kaki & mulut (HFMD-hand, foot, mouth desease). Mulut dia mmg penuh dengan ulcer. Nak bukak mulut cakap pon susah, mkn apatah lg. Alaihai syian.. So, kena kuarantin. No school, No playground. Aiseh, kena ponteng sek lg... Adik nampaknya okay lg. Ada batuk dan sket selsema..

Hari jumaat, bila Mama balik kerja adik Hadiff demam. Asyik muntah kata Wawan. Bila selak baju dia, masyaAllah bdn dia da penuh dgn bintik2 merah dr bhgn ketiak sampai ke kaki. Ngamuk + merengek. mulut pon penuh dgn ulcer. Sekali lg Mama n Papa bwk Hadiff ke klinik. SAH! kena jangkitan HFMD jugak... Adik kena teruk berbanding Abang. Siap demam panas. panasnya tak turun2. Aiseh sgt2 la risaunya Mama... tambah plak cerita bibik nak balik jugak, x kira apa jadi... huh yg tu mmg memeningkan kapla btolla....Hari sabtu bibik balik gak n kuar dr rumah dgn rasminya...

Maka sampaila smlm (rabu) Mama coti... risau dmm Hadiff x baik2. Tambah plak xder org nak replace bibik jaga Hadiff. Pening nyer... Nenek siap dtg melawat dr kg walaupon atok sakit kaki. bengkak sampai x leh nak jalan. mekasih nenek n atok....

Sampai semalam, demam adik dah hilang. mkn pon dah lalu. dah mau nak main ngan abang n gelak2.. klu x asyik dak dukung jerk. Sek abg masih tutup minggu ni. Isnin depan br sek balik. harap2 adik ngan abg okay bila tinggal ngan wawan kat umah... Mama kena kerja tau. sabtu Mama coti balik ye...

Panjang lebar kan cerita Mama HZ kali neh? maklum la...mmg nak citer tapi x sempat...
Sempena ramadhan yang dah masuk hari ke-2, Mama ucapkan selamat menyambutnya kepada semua saudara seislam. Semoga Ramadhan ini membawa seribu kebahagiaan, kerahmatan dan kita semua dilimpahi dgn fadhilatnya. Amin..... Doakan the HZs (Hareez Zaqwan & Hadiff Zikkry) sihat selalu. Hadiff boleh sambung agenda belajar jlnnya.... Ni gambar semalam, da ceria dan asyik senyum saja....

Baca seterusnya di... Dugaan yang datang...

Monday, July 19, 2010

Sukaneka Tabika Perpaduan Hareez Zaqwan

Posted by Mama HZ Monday, July 19, 2010, under , | 1 comment

Sabtu lepas - 17 Julai 2010 - Sukaneka 3 buah sekolah Tabika Perpaduan Putrajaya



Sukaneka dibuat di padang SK Presint 8(1). Jadi kena soh Hareez bangun pagi2. Adik Hadiff x payah ikut la sbb panas nnti kat padang tuh. Lg pon kejap je dik.. tghari nnti Abang balik ye...

Sampai kat sek tu, cikgu bagi TShirt, seluar & topi percuma. Pastu dpt sekotak air Milo & sandwic telur & sardin. Lepas tukar baju, sila berbaris ye anak2. Perbarisan anak2 tabika perpaduan Presint 8 Sentral, Presint 16 & Jalan K Presint 11. Hareez wakil sek Jalan K Presint 11 la.. mana satu Hareez yek? semua comel2 jer...

Dalam byk2 acara, Hareez cuma masuk 1 saja - Botol F&N. Alaaa... isi air dlm botol pakai span.. senang jerk kan.. tp tak menang la pulok... Kata cikgu menang ke kalah semua dapat hadiah. yelah saja nak suka2 kan...


Tak menang pon takpe Hareez. Asalkan Hareez enjoy hari tu.. layan gambar2 jelah kan...

Baca seterusnya di... Sukaneka Tabika Perpaduan Hareez Zaqwan

Tuesday, July 13, 2010

Cuuutttt, Cakkkk!

Posted by Mama HZ Tuesday, July 13, 2010, under , | No comments

Salam pagi Selasa... Mama HZ kembali ke opis setelah seronok bercuti (Jumaat & Isnin) aka mengulit Hadiff lebih lama dari hari kerja biasa...

Menyedari hakikat blog Mama HZ ini masih berbau "baru" (seperti komen Mommy Lyna), siap display gambar "Your blog has been created" lagi.. Maka dengan gagahnya Mama HZ posting satu lagi entry hari ini...

Pagi tadi Hadiff Zikkry ke klinik utk follow up umo 10 bulan. Bkn main susah lg nak bangun pagi tadi, hari ini dlm sejarah betol. Klu selalu tu, mama bangun jengket2 pon dia yang duduk dulu.. isk...isk.. mama keje la hari sayang.. da coti smlm kan..

"ok, semua ok nih. Graf berat pon da naik. sihat. aktif. kita tengok lagi masa umo 1 thn yer.." - kata Makcik Nurse pagi tadi.. Hadiff plak buat muka xder perasaan lps nangis sbb ngantuk n kena bukak baju, baring kat penimbang bagai... haiyaa. Seb baik cepat setel n kul 9 mama da selamat sampai opis balik.

Semoga Hadiff terus sihat dan Mama berdoa agar susu Mama ada selama yang boleh... Inilah Hadiff Zikkry dengan aksi Cuuuttttt











Caaakkkknya...

Baca seterusnya di... Cuuutttt, Cakkkk!

Thursday, July 8, 2010

Selamat Hari Lahir Papa HZ

Posted by Mama HZ Thursday, July 08, 2010, under , | No comments


8 Julai 2010,

Setahun lagi usia Papa bertambah. Angka je bertambah kan Papa... Semoga Papa diberi keberkatan Allah, kesihatan, keceriaan dan dipermudahkan segalanya di dunia sampailah akhirat...

Terima kasih atas segalanya yang telah dikongsi bersama...

Kami sayang Papa saaaangattt. Mmmmmuahhhhhhsss...

Love : Mama HZ, Hareez Zaqwan & Hadiff Zikkry

Baca seterusnya di... Selamat Hari Lahir Papa HZ

Wednesday, June 30, 2010

Saje-Suka-Try, Lahirlah Blog Dunia HZ ini...

Posted by Mama HZ Wednesday, June 30, 2010, under | 3 comments


Alhamdulillah...

Walaupun tiada tujuan sebenar, sasaran, objektif, visi mahupun misi, blog ini telah berjaya 'tercipta'. Bermula dengan saja2, suka2, try2, baru la tau kan camner gayanya nak mulakan sebuah blog...

Boleh ke nak buat blog? pandai ke nak buat posting? Ada masa ke nak update nanti? mcm2 la plak soklannye... Apa pun tahniah untuk diri sendiri sbb berjaya gak sampai ke page posting nih...

Dengan ini saya merasmikan kewujudan blog dunia-HZ ini dan tahniah sekali lagi untuk MAMA HZ atas pencapaian. (reward sendiri laaa).

Apa pun, enjoy......

Baca seterusnya di... Saje-Suka-Try, Lahirlah Blog Dunia HZ ini...