Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Friday, September 3, 2010

Happy 1st Birthday Hadiff Zikkry bin Hazrin

Posted by Mama HZ Friday, September 03, 2010, under , | No comments




Alhamdulillah.. Hari ni 3 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431. The 2nd HZ - Hadiff Zikkry dah berumur satu tahun.


Masih teringat lg setahun yg lalu, Mama hanya dapat posa selama 10 hari. hehe sambut raya awal sempena menyambut kelahiran Hadiff. Jenuh gak Mama mengganti posa 20 hari tu.. walaupun jenuh, posa habis diganti sblm masuk bln ramadhan thn ini... Alhamdulillah..

Hadiff senyum n gelak jer bila Mama n Abg Hareez nyanyi lagu happy birthday pagi td. tak paham mende lagik yek.. Takpe sayang.. proses pembelajaran kan berterusan. Sempena Hadiff berumur 1 tahun, berikut merupakan pencapaiannya setakat ini:


  • Hadiff dah berjalan walaupun lesen L. Boleh bangun sendiri tanpa bantuan. Angkat montot, berdiri tegak, stabilkan bdn, n jln terkedek2 dgn kaki keciknya tuh... kalau lambat sgt sampai , dia prefer merangkak sbb lg laju. boleh lumba ngan org lain.
  • Gigi dah banyak. Dah ada 10 batang - 4 batang belah atas, 4 batang belah bawah n 2 batang gigi geraham atas.
  • Suka memanjat mengalahkan abg Hareez sebaya umurnya dulu. Panjat sofa, panjat meja, panjat katil, panjat grill, panjat tangga...huh lotih....
  • Makan apa aja lebih2 lagi mknn Abg Hareez. Mesti nak tumpang. Buah, sup, telur, meehun, nasik...
  • Masih minum susu Mama walaupun ada topup FM. Hadiff memilih susu gak. Susu Mama hisap sampai bunyi2 botol. klu susu FM, x abis pon...
'Hadiff Zikkry - Doa yang sama sayang.. Mama sentiasa doakan anak Mama ni diberi kesihatan yang baik, akhlak seperti junjungan kita Rasulullah saw dan diberi ilham seperti para malaikat... Semoga menjadi pembimbing kepada semua insan disekelilingmu suatu hari nanti termasuklah Mama dan Papa sendiri.. Amin....'

Lagi 1 minggu semua umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Moga2 time tu Hadiff dah laju jln. X yah Mama dukung jer. boleh raya sakan. Sakan ker? tak la...cuma ganti balik raya thn lps yg masa dlm pantang n x jln kemana2 pon tu....

Dikesempatan ini, Mama HZ sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin dipohon buat semua yang mengenali kami. Semoga musim perayaan ini memberikan sejuta keceriaan dan mengeratkan lagi kebahagiaan serta silaturrahim sesama kita.... Amin...


p/s: Hareez n Hadiff nak mintak hadiah birthday + duit raya sekali... Jgn lupa tau... (Mama bg pihak jer...)

Baca seterusnya di... Happy 1st Birthday Hadiff Zikkry bin Hazrin

My Precious Topics

Mama's 1st Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mama's 2nd Hero

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sentiasa dalam Kenangan

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers