Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Showing posts with label Susu ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu ibu. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Petua memperbanyakkan susu badan

Posted by Mama HZ Thursday, June 23, 2011, under , | No comments

Sharing is Caring and Loving....

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
  • Cekur Manis ----Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. 
  • Kacang Tanah ----- Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
  • Air Longan ---- Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
  • Halba dan Jintan Hitam ---- Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
  • Bunga Melur ---- Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. – melur.com. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
  • Lobak Putih ---- Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. 
  • Pucuk Betik ---- Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Tuaman Daun Sirih ---- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
  • Jantung Pisang ---- Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
  • Makanan Tinggi CLA ---- Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
  • Kurma --- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
  • Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  8. Barli – air atau bubur barli.
  9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  13. Air horlicks
  14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  15. Teh hijau jepun
  16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  19. Ubat homeopati.

Sumber : http://ainaz-azidah.blogspot.com/2011/03/petua-banyakkan-susu-badan.html

Rahsia tingkatkan penghasilan susu:
1. Kerapkan menyusu
2. Jgn tunggu payudara penuh
3. Menyusu lebih lama
4. Penyusuan 2 kali
5. Bogelkan bayi
6. Penyusuan malam
7. Penyusuan baby sling
8. Fikir bayi,fikir susu
9. Urutan
10. Minum air

[Pa&Ma Julai 2011, ms.39]

Baca seterusnya di... Petua memperbanyakkan susu badan

Monday, April 25, 2011

SaraKids Open Day @ DARC Shah Alam

Posted by Mama HZ Monday, April 25, 2011, under ,,, | 1 comment

Assalamualaikum sahabat, saudara-saudari dan semua ibu2 menyusukan ...

Petang ni Mama HZ hanya nak share beberapa keping gambar yg sempat di'snap' masa di DARC semalam sempena Sarakids Open Day dan Majlis pelancaran 'Modu' Breastpump. Mmg grand majlis tu, big claps utk team sarakids terutama ownernya Puan Farah Farhan.

Kami bertolak dr Putrajaya sblm jam 9.00 pagi semalam. semangat sungguh. ikut jadual kan majlis bermula jam 9.00. Sedaya upaya nak datang ikut jadual. walaupun Hadiff agak 'mengamuk' kat sana sbb tak selesa nak penuhkan jadual tidur belah paginya. Walaupun kami bersesak (ramai tul org yg hadir) dan kepanasan. Kami tunggu jua hingga selesai mkn tengah hari. hehehe... sempat jugak la si Hareez naik kuda dlm acara Joy Ride. Acara lain mmg x join laaa...

Mmg acara yg ditunggu2 oleh Hareez. Naik kuda sebenar, bkn kuda mainan atau plastik
Tokeh susu Mama. Tak boleh diam. Lari sana sini. Buat mcm majlis sendiri
Byk keje tokeh kecik nih... tu pasal Mama x bleh join acara atas pentas..
Pentas utama majlis
 
Selamat Datang to Denai Alam Riding Centre. Meja pendaftaran peserta dan tetamu

Catatan kenangan utk tetamu yg hadir. Yg penting ada sign Mama HZ kat situ...hehe

Hareez nak enterprem gak. Hadiff dah baring dlm stroller. "Tu sign Mama", kata Hareez

Yes, we support breastfeeding!

Ramainya orang....

Tetiba majlis diserang oleh seekor dinosaur dan diselamatkan oleh Ultraman
  
Pandangan tetamu yg hadir

Pentas utama dan laluan pintu masuk


Sempat juga berbual dengan Suraya Lunatots, Hai2 Bye2 dengan Farah Farhan masa nak balik, ngan Intan Azmira, Aqilah Zaidee, dan beberapa ibu2 masa dlm bilik menyusu yg x tanya plak namanya. Jumpa gak kengkawan masa study, dtg gak wpun pantang baru 42 hari.. isk...isk... semangat btol. Walaupun ada plan nak jumpa ibu2 @ KIM tp hancus plan Mama HZ dgn dua hero tuh. Sowi aaa mommies @ KIM, ilang plan, reben hijau pon mmg xderk dr awal.
Apa pun, seronok gak join acara mcm ni sesekali. berpanas dan bersesak dgn 2 heroku itu.. All the best to all breastfeeding mommies...

~~~ "Ya Allah, berilah aku kekuatan utk terus menyusukan Hadiff Zikkry semahunya. Kau berkatilah usahaku ini dan seluruh rakan seperjuanganku. Amin...." ~~~

Baca seterusnya di... SaraKids Open Day @ DARC Shah Alam

Monday, April 18, 2011

Doa & Amalan Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi...

Posted by Mama HZ Monday, April 18, 2011, under , | 1 comment

Assalamualaikum sahabat dan saudaraku...

Dengan time limitation ni, hari ni Mama HZnak kongsi sedikit ilmu, jua untuk peringatan diri sendiri. Maklumat ni diambil dari rakan KIM@FB. Semoga niat nak menyusukan Hadiff Zikkry hingga lengkap umurnya 2 tahun pd bln September nnti akan tercapai. Marilah sama2 kita amalkan amalan dan doa2 di bawah:

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah. InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Mama HZ: "Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam mencapai niat  menyusukan bayiku... Amin..."

Baca seterusnya di... Doa & Amalan Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi...

Wednesday, March 30, 2011

Kasih ibu hingga ke akhir hayat, membawa ke syurga

Posted by Mama HZ Wednesday, March 30, 2011, under , | No comments

Salam blog. Hr ni nak share kisah sedih. Walaupun hanya dr bacaan, siyessss memang sedih. Tak dapat bayangkan kalu terjadi betul depan mata. Mesti Mama HZ terus meraung kat situ. Ya Allah, semoga Kau limpahi rahmatMu pada bayi2 yg telah kehilangan ibu di duniaMu ini...





Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. 
Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.
Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.
Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.
Sewaktu saya mendengar perkongsian ini, air mata saya berderaian laju menitis di pipi. Malah, tatkala menukil kata demi kata dalam ruang maya ini juga, bagaikan sukar air mata ini mahu ditepis. Betapa luhur dan agungnya perasaan kasih seorang ibu kepada permata hatinya. Tidak terbalas dek kita sebagai anak, yang selama ini tidak habis-habis bergantung pada jasa ibu. Dari kecil dibelai ibu, sudah besar masih juga mahu bergantung pada ibu. Masakan tersedap, air tangan ibu. Segala pengalaman dunia, mahu dirujuk pada ibu. 
Sahabat sekalian, selagi kita memiliki dan punya ibu, hargailah ibu kita setinggi-tingginya. Muliakan dan tatanglah ibu kita persis menatang air yang penuh tatkala berada di gurun yang gersang tanpa penghujung. Betapa berharganya air itu sehingga sekiranya boleh, setitis pun kita tidak mahu jatuh ke bumi. Tanpa air itu, takkan lama kita bertahan dalam mengharungi perjalanan di atas gurun tadi.
Semoga kita mendapat iktibar daripada kisah yang dikongsikan ini. Sekian.

Credit to blog Mamaqaireen 

Baca seterusnya di... Kasih ibu hingga ke akhir hayat, membawa ke syurga

Wednesday, February 23, 2011

Ilmu Penyusuan Susu Ibu

Posted by Mama HZ Wednesday, February 23, 2011, under ,, | 3 comments

20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan
Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008

  1. Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin slps bayi dilahirkan,utk meransang penghasilan dan pengeluaran
  2. Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan tuala hangat pada payu dara
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus  air.Oleh itu,bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  4. Semakin kerap ibu menyusukan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
  5. Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar (patutlaaa....hehe)
  6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya.Ibu harus mengawal  mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm tubuh
  7. Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi
  8. Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun pd bghn aerola dan puting
  9. Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik
  10. Payudara yg penuh dan tidak  diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
  11. Bayi yg minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibody yg berupaya  melawan penyakit
  12. Vitamin A,B komplex,C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
  14. Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  16. Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim
  17. 80 peratus sel  dlm susu  ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk mbunuh bakteria,fungus dan virus
  18. Menyusukan bayi dgn susu ibu  mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
  20. Ibu yg menyusu  tidak boleh mengambil ubat-ubatan  tanpa nasihat doktor .
  21.  
     
    Buat pertama kali Mama HZ kongsikan, bayi yang menyusu susu ibunya hingga ke saat umurnya 1 thn 5 bln dan 2 minggu hari ini:
    Adik Hadiff Zikkry bin Hazrin - The second HZ
    Hadiff yang beruntung masih mendapat nikmat setiap titisan susu Mama
    Hadiff sangat meminati stering kereta, mainan kereta, bola serta watak kartun Pororo
    Setiap kali naik kereta akan berebut stering kereta (sebenar) dengan pemandu (sebenar). hehe sabar  jelaaa

Baca seterusnya di... Ilmu Penyusuan Susu Ibu

My Precious Topics

Labels

Mama's 1st Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mama's 2nd Hero

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sentiasa dalam Kenangan

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers