Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Monday, September 12, 2011

Selamat Hari Lahir Hero2 Mama

Posted by Mama HZ Monday, September 12, 2011, under ,, | 1 comment

Salam 14 Syawal... Nak recap cerita sambutan birthday di hari raya....


Sempena hari lahir Hareez Zaqwan yang ke-6 jatuh pada 20 Ogos = 20 Ramadhan & hari lahir Hadiff Zikkry yang ke-2 jatuh pada 3 September = 5 Syawal...

Setelah dipersetujui oleh Pama & Mama, maka sambutan hari lahir 2 beradik ini dibuat pada pagi 1 Syawal = 30 Ogos. Boleh nyanyi ramai2 sebab ramai yg beraya kat Putrajaya sekali kan. Semangat sket nak tiup lilin nanti.

Dengan semangatnya Mama menempah kek coklat sebelum raya dengan karektor khas BoboiBoy atas kek tu. Saja nak surprise kat 2 beradik ni sbb derang tengah giler tengok kartun ni. Beli DVD tu asyik ulang tayang sampai semua org boleh hafal skripnya. 

Org kedai kek Presint 8 tu plak x pernah terima tempahan kek gambar Boboiboy lagi. Kalau gambar Ben10 atau Princess tu biasaklah. Siap x pernah tgk kartun tu lagi kat TV. So Mama carik keratan akhbar BoboiBoy dan hantar kat kedai tu balik dengan harapan akan jadi la kek tu ada gambar BoboiBoy nanti. Korang pernah dengar tak / tengok kartun ni kat TV3? haaa kenal ke dengan watak BoboiBoy, Yaya, Ying, Gopal, Tok Aba, Adudu, Probe... Haaaa, Mama dah hafal semuanya....

Dan hasilnya di hari raya pertama..... Tada...... 

Dan super Hero kita.... BoboiBoy!

Kek coklat dengan gambar Boboiboy............   
Tiup api tu Dik, jangan sampai kuar air liur...
 
Alamak, tak berjaya la Adik tiup, Abang yang tolong bereskan...

Adik Hadiff berusaha untuk meniup lilin, tapi malangnya api tu degil nak padam. So, abang Hareez tolong tiup lah yek.....
 
Ramai yang enter prem...

Walaupun ramai yang sambut hari lahir pada Ogos termasuk Acu Marina dan Bibik Enon, dan September plak ada hari lahir Humairah (Ami), tp di hari kejadian, lebih ramai yang berminat nak tiup lilin dan potong kek tuh. Meriah btol....

Owh Mama lupa nak snap gambar hadiah besday derang ni. Dua-dua dah dapat sebelum raya. Hareez dapat hadiah permainan menguji skill "Tumblin Monkeys". Hadiff dapat "Shake Car", kena shake kereta mainan tu sampai kuar bunyi mengaum vrommm vromm vrommm dan letak - zasss kereta tu boleh meluncur jauh.... hehe ramai yg minat mainan ni, ada jugak yg takut dgn bunyinya.... 


Apa pun hadiahnya, macam mana pun sambutannya, Mama doakan anak2 Mama membesar dengan sihat dan menjadi khalifah terbaik di muka bumi Allah ini... Diberi kebijaksaan fikiran seperti para nabi dan ilham seperti para Malaikat, mempunyai sifat2 Mahmudah dan dijauhkan dari sifat2 Mazmumah....


Hareez Zaqwan - Mama bangga Abang dapat habiskan 29 hari puasa penuh di bulan Ramadhan 1432H/2011

Hadiff Zikkry - Mama bangga dapat teruskan penyusuan susu ibu hingga umurmu 2 tahun nak...


Salam sayang dari MAMA dari dunia sampai akhirat.....

p/s: Tak terasa anak2 da besar, dan kita dah bertambah usia (mahupun berat badan) hehe... 

Baca seterusnya di... Selamat Hari Lahir Hero2 Mama

Thursday, September 8, 2011

Salam Kemaafan di Aidilfitri 1432/2011

Posted by Mama HZ Thursday, September 08, 2011, under | No comments

Assalamualaikum...

8 September 2011 - 10 Syawal 1432

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA - PAPA, MAMA & the HZs....

Dari kiri - Hadiff Zikkry, Mama HZ, Papa HZ, Hareez Zaqwan


Dah 2 hari kembali ke opis setelah cuti panjang, masih terasa lemaunya perasaan yang melanda..

Rata2 masih merasakan kemeriahan raya yang baru 10 hari berlalu. Teman2 sepejabat ramai yang sudah memulakan puasa 6 mahupun yang mengganti puasa...
Rasa bersalah kerana membiarkan blog bersawang2 terlalu lama walhal byk giler cerita raya, sambutan hari lahir, kisah suka duka yang nak dicoretkan... Naik kerja selepas cuti, tugasan opis pun beratur menunggu utk diselesaikan... waduhhh...

Ada masa yang lebih panjang mahupun santai (ntah la bila tuh..), akan Mama HZ kongsikan jua cerita2 tu nnti. Walaupun mungkin da basi, tp utk tatapan sendiri jua pada masa akan datang... Harap2 betul2 berkesempatan tau Mama HZ, jgn janji kosong jer....

Syawal yang masih berbaki, jemputlah singgah ke teratak kami di Putrajaya... Sudi2 kan ye..

Pohon kemaafan andai ada yang terguris walau dimana anda berada...

p/s: Rindukan Ramadhan yang telah berlalu....


 

Baca seterusnya di... Salam Kemaafan di Aidilfitri 1432/2011

My Precious Topics

Mama's 1st Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mama's 2nd Hero

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sentiasa dalam Kenangan

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers