Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Posted by Mama HZ Tuesday, August 02, 2011, under , | 1 comment

Salam Ramadhan yang tiba 1 Ogos 2011...

Alhamdulillah masih berkesempatan menemui Ramadhan tahun ini dengan nikmat Allah S.W.T. yang berganda...
Semoga kedatangan Ramadhan menjanjikan 1001 kebaikan dengan limpah rahmat dari Allah yang Esa.. 

Mama HZ sekeluarga berpuasa seperti orang Islam lain. Tahun ini mulakan puasa tanpa Wawan di rumah. Acik Yaya berkunjung beberapa hari sebelum Ramadhan dan kembali ke UPSI pagi tadi. Tahun ini juga ada bibik Ainun di rumah dan adik Hadiff yang hampir 2 thn lagi sebulan...

Syukur pdMu Ya Allah, Hareez Zaqwan berjaya berhabiskan puasa pada hari pertama semalam. Rasa nak nangis Mama, anak Mama sorang berjaya puasa sehingga azan Maghrib berkumandang. Owh, dah besar rupanya hero Mama sorang tu. Walaupun nampak lembik, merengek minta minum air, akhirnya satu hari puasa berjaya dilalui. Cayalah Abang Hareez, Mama bangga Abang berjaya puasa semalam. Puasa penuh pertama pada umur hampir 6 tahun.

Mama bangga dengan Abang Hareez

Malam pertama dan kedua terawikh kami ke Masjid Tuanku Mizan Putrajaya (Masjid Besi). Memang meriah dan ramai orang datang masjid. Ada yang bawa baby, ramai budak yang main saja, tak kurang yg meriahkan masjid dgn tangisan. Hari pertama yg jadi imam terawikh adalah adik Muhammad, tahfiz yang menang tempat kedua Akademi AlQuran tu. Mmg sedap suara dia, yang penting ayat2 yang dibaca sikit sahaja, tak meleret2... Cepat je nak sampai 8 rakaat terawikh tu. aik 8 rakaat jer? hehe nak balik rumah tgk adik Hadiff yg tinggal, Hareez pon kena tidur awal. Klu tak susah nak bangun sahur subuh esok kan....

Malam kedua pulak, solat diimamkan oleh Imam bernama Jibril yg dtg dari Mekah sana. Mak aiiii gila panjang surah yg dibaca. Sblm solat dah diumumkan, solat terawikh mlm kedua akan dibuat sebanyak 8 rakaat sahaja, tp imam akan baca setengah juzuk alQuran kesemuanya... Mama HZ agak2 setiap rakaat imam akan baca sehelai = 2 muka surat alQuran.. Malam ni rasanya nak pegi surau dkt dgn rumah ni sajalah.... hehe..

Malam pertama jer ke terawikh, mlm kedua terus minta rehat duduk rumah lepas kekenyangan berbuka puasa

Semoga kita dapat manfaatkan sepenuhnya kehadiran Ramadhan tahun ini dengan amalan kebaikan walau apa jua cara yg dapat kita laksanakan. Kejarlah pahala yg di berikan ganjaran oleh Allah pd bulan Ramadhan ini.

Sapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita?

Maaf Zahir dan Batin, Selamat beramal.....
 

Baca seterusnya di... Salam Ramadhan 1432H

My Precious Topics

Mama's 1st Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mama's 2nd Hero

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sentiasa dalam Kenangan

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Topics Archive