Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Monday, May 23, 2011

Belajar buat cupcake & decorations

Posted by Mama HZ Monday, May 23, 2011, under , | No comments

Assalamualaikum semua..

Blog dah bersawang.. tuannya ntah apa yg disibukkan... Hujung minggu Mama HZ berdating ngan Papa HZ melayan Pirate of The Caribbean. Minggu lepas lg dah layan Fast & Fourius. Pastu belah petang lepak kat tepi tasik Putrajaya. Melayan Hadiff makan nasik sambil merempit.



Siap bawak kete sendiri kat tepi tasik. Abg sibuk main playground

Pemandangan tasik hampir waktu senja. Depan sana tu Pullman Lakeside..

Berhadapan dengan 4 bangunan baru siap. Dkt dgn PICC


Mood menulis lari ke laut memandangkan banyak sangat (ye ke banyak?) kerja yang memerlukan penulisan karangan. Kalau lebih dari 1 tu dah dikira byk kan? Keje apa tu? keje opis la... (tak termasuk tulis blog), tapi mempengaruhi tahap kemalasan mama HZ nak menaip...

Pertama - Bahagian Mama HZ kat hopis nih tgh sibuk nak buat buku - "eKL The Journey". Sempena kewujudan dan bakal 'dimansuhkan', bhgn ni nak tinggalkan bahan sejarah. Yelah sejak Bahagian eKL (bahagian sementara) ni diwujudkan di MAMPU Julai 2007, byk jugak pencapaian yang boleh dibanggakan. Antaranya menyumbang awards dr dalam & luar negara pd KP MAMPU (KP yg naik stage kan...). Maka pengalaman pahit manis itu harus dibukukan. Utk tatapan bersama, rujukan dan ilmu pengetahuan pada penjawat awam di Malaysia ni khasnya. Td Mama HZ Google, jumpa plak artikel dr The Star ni pasal eKL. Malas nak menaip punya pasal, artikel tu boleh la refer kat sini. Tu semua awards yg pernah menjulang nama MAMPU antaranya. Ada lg yg tak masuk paper tu.

Kedua - Penulisan research proposal untuk Permohonan Kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2012. Kan kena menulis mengarang gak. aiyoo, mmg malas giler, tp nakkkkk. Kali ni Mama HZ berhajat nak sambung belajar, tp nak mohon yg Kerajaan tanggung. Kira mohon hadiah / biasiswa gitu. Try power nak mohon ni. Klu ada rezeki, Alhamdulillah. Klu tak dpt, dah ada experience buat permohonan dan usaha keras mengarang research proposal tu. Org kata susah nak dpt, apatah lg first timer macam Mama HZ nih...

Eh eh...bkn tajuk kat atas nak citer pasal Belajar Buat Cupcake ker? dah lari tajuk la plak. Patutla tak cemerlang dalam bidang penulisan, selalu lari tajuk rupenyeee...

Okeh sambung balik cerita cupcake tadi. Rasanya dah 2 minggu berlalu Mama HZ pegi belajar buat cupcake ni. Pegi kelas kat Sugar Flours, Bangi. Sebenarnya ada offer package dr internet. Haaa boleh refer sini kalau berminat nak carik package2 yg menarik. Bukan cupcake jer. Byk lg pakej lain. Pakej yg Mama HZ ambik ni mmg menarik. Belajar buat cupcake termasuk decoration selama 3 jam berharga RM 65. Klu takder offer pakej ni berharga RM180. Huish.. klu mahal gitu mmg tak pegi la kan.

Kelas bermula dengan sesi perkenalan. Tak silap ada 14 org dtg kelas hr tu. cikgu ajar cara2 dan tips "dos & donts" semasa memukul butter, telur, tepung dll.

Pukul satu arah sahaja, klu dah masuk telur & tepung pukul pada kelajuan yg rendah, jgn pukul terlalu lama bla bla bla byk tips cikgu bagi
Lepas tu setiap org diberikan 6 ketul cupcakes yg belum dihias (3/4 kek kosong dlm cup). Mula2 cikgu tunjukkan beberapa teknik menghias cupcake. Seterusnya adalah sesi menghias sendiri kek2 kosong tu dengan teknik yg cikgu dah ajar.

Kek kosong. Biasa je. dah hias nnti barula nampak cantik
Yg ni cikgu buat. sekelip mata je siap. cikgu la katakan...
Ni la cikgu yg ajar..

Mmg tergeliat tangan gitu. Maklumlah, itulah first time Mama HZ pegang gula fondant. Baru nak amik feel, cikgu dah bg assignment suh buat hiasan yg maut2. isk..isk..isk.. nilah hasilnya.... tadaaaa......

Sila jgn gelak melihat hasil tangan Mama HZ nih. Boleh la kan.. 1st timer...

3 cupcake dihias dengan fondant, 3 lagi dgn butter cream

Meja pertukangan, eh meja menghias cupcake dengan peralatan masing2

Selepas siap kelas, masing2 boleh bawa balik hasil cupcakes yg da siap hias. Nasib la kan, lawa ke tak. Masing2 pon dapat sijil attend class cupcake tu. hehe rasanya blom mampu nak buat cupcake dgn hiasan sendiri, jauh sekali  nak bukak kelas mahupun kedai menjual hasil "cupcake ku"....

Bila Mama HZ bawak balik, seperti dijangka dua2 HZ tu tak minat pon nak makan. benda2 manis kan. Hareez mula2 je suka sebab salah satu cupcake tu ada huruf 'H'. Lepas dia rasa, isk isk.. "manis la Ma...", sampai sudah masing2 tak nak... Moral of the story, kalau raya Mama HZ akan buat cupcake kosong jerk aka kek dalam acuan kecik2. Tak payah hias2 bagai. Makan panas2, tak nak hias2 dan decorate. Ngap je terus....

Apa pon menarik gak pegi kelas ni, belajar dr cikgu yg bertauliah. Len kali boleh menambah ilmu dgn join kelas2 lain plak. Kelas menjahit langsir ker? Hehehe

Baca seterusnya di... Belajar buat cupcake & decorations

Tuesday, May 17, 2011

NEW iPhone4. Sapalah nak sponsor satu...

Posted by Mama HZ Tuesday, May 17, 2011, under | No comments

Baca seterusnya di... NEW iPhone4. Sapalah nak sponsor satu...

Thursday, May 5, 2011

Jom test power. Teringin gak nak rembat iPad2 ker, BB Bold 3 ker, iPod Touch pon boleh gak kalau dapat.... #Churp2race

Posted by Mama HZ Thursday, May 05, 2011, under | No comments

Baca seterusnya di... Jom test power. Teringin gak nak rembat iPad2 ker, BB Bold 3 ker, iPod Touch pon boleh gak kalau dapat.... #Churp2race

My Precious Topics

Mama's 1st Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mama's 2nd Hero

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sentiasa dalam Kenangan

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers