Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Wednesday, February 23, 2011

Ilmu Penyusuan Susu Ibu

Posted by Mama HZ Wednesday, February 23, 2011, under ,, | 3 comments

20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan
Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008

  1. Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin slps bayi dilahirkan,utk meransang penghasilan dan pengeluaran
  2. Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan tuala hangat pada payu dara
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus  air.Oleh itu,bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  4. Semakin kerap ibu menyusukan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
  5. Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar (patutlaaa....hehe)
  6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya.Ibu harus mengawal  mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm tubuh
  7. Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi
  8. Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun pd bghn aerola dan puting
  9. Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik
  10. Payudara yg penuh dan tidak  diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
  11. Bayi yg minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibody yg berupaya  melawan penyakit
  12. Vitamin A,B komplex,C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
  14. Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  16. Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim
  17. 80 peratus sel  dlm susu  ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk mbunuh bakteria,fungus dan virus
  18. Menyusukan bayi dgn susu ibu  mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
  20. Ibu yg menyusu  tidak boleh mengambil ubat-ubatan  tanpa nasihat doktor .
  21.  
     
    Buat pertama kali Mama HZ kongsikan, bayi yang menyusu susu ibunya hingga ke saat umurnya 1 thn 5 bln dan 2 minggu hari ini:
    Adik Hadiff Zikkry bin Hazrin - The second HZ
    Hadiff yang beruntung masih mendapat nikmat setiap titisan susu Mama
    Hadiff sangat meminati stering kereta, mainan kereta, bola serta watak kartun Pororo
    Setiap kali naik kereta akan berebut stering kereta (sebenar) dengan pemandu (sebenar). hehe sabar  jelaaa

Baca seterusnya di... Ilmu Penyusuan Susu Ibu

Wednesday, February 9, 2011

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS

Posted by Mama HZ Wednesday, February 09, 2011, under , | No comments


Untuk  kita hayati bersama…

 Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.
Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras”
Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),”Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?”
Maka jawab Nabi dengah marah “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?”
Sembah Iblis,”Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuandari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan.” Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan
berkata “Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu”
Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1) – “Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?”
Jawab Iblis – “Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini” Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,”Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun
tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supayamenjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelianumat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba”

Soalan Nabi ke 2 – “Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah
Jawab Iblis – “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat

Soalan Nabi ke 3 – “Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?”
Jawab Iblis – “Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan.”

Soalan Nabi ke 4 – “Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?”
Jawab Iblis – “Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba”

Soalan Nabi ke 5 – “Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?”
Jawab Iblis – “Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya – matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman”

Soalan Nabi ke 6 – “Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?”
Jawab Iblis – “Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya.”

Soalan Nabi ke 7 – “Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?”
Jawab Iblis – “Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya”

Soalan Nabi ke 8 – “Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?”
Jawab Iblis – “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kpd hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.
Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa.”

Soalan Nabi ke 9 – “Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?”
Jawab Iblis – “Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang “Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.” Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, “JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku” kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,”Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid” Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ – dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan tuan sendiri berkata “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya”. Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 – “Bagaimana tipudaya engkau kpd umatku?”
Jawab Iblis – “Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat” Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuka jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur”

Soalan Nabi ke 11 – “Siapa yang serupa dengan engkau?”
Jawab Iblis – “Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam”

Soalan Nabi ke 12 – “ Siapa yang mencahayakan muka engkau?
Jawab Iblis – “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji”

Soalan Nabi ke 13 – “Apakah rahsia engkau kepada umatku?
Jawab Iblis – Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari”

Soalan Nabi ke 14 – “Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?
Jawab Iblis – “Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang.”

Soalan Nabi ke 15 – “Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?
Jawab Iblis – “Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.”

Soalan Nabi ke 16 – “Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?”
Jawab Iblis – “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”

Soalan Nabi ke 17 – “Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?”
Jawab Iblis – “Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat”

Soalan Nabi ke 18 – “Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?”
Jawab Iblis – “Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam”

Soalan Nabi ke 19 – “Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?”
Jawab Iblis – “Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya”

Soalan Nabi ke 20 – “Apa lagi yang memecahkan mata engkau?”
Jawab Iblis -“Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,’Syurga itu di bawah tapak kaki ibu’ “

"Ya ALLAH kau pimpinlah hati2 kami dan jauhkanlah kami dari Syaitannirrajim......"

Baca seterusnya di... DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS

Monday, February 7, 2011

Cuti hujung minggu selepas CNY

Posted by Mama HZ Monday, February 07, 2011, under , | No comments

Selamat hari Isnin... selamat kembali bekerja selepas cuti panjang...

Anda kemana menghabiskan cuti panjang sedia ada mahupun yang meng'apply' cuti tambahan? Kami tak kemana2 walaupun banyak jemputan kenduri kahwin. Hanya balik kg melawat atuk yg sakit. Dalam masa yg sama nenek juga sakit, memerlukan komitmen tambahan utk kembali sihat... Atuk terlantar di kg Nilai, di jaga oleh Induk Ati. Nenek pulak dah di bawa ke Johor rumah Pak Long. Semoga Atuk dan Nenek diberi kekuatan dan kesihatan yg baik. Dijauhkan dr sebarang gangguan dan dipermudahkan segalanya...

4 hari bercuti, kami terima tetamu dr jauh. Keluarga Angah yg tinggal di Johor stay di Putrajaya 2 hari. Seronok bkn main si Hareez dgn sepupu2 dia. Adik Hadiff pulak terpaksa menjadi 'mangsa' si Ami yang ganas. Sepupu yg sorang ni - Ami (Humaira) gigirl yg kiut, tp mak aiiii ganassss. Asyik nak pukul si Hadiff. Geram betol dia tgk Hadiff. Siap menggigil tangan tunjuk penumbuk. Tunggu peluang jerk nak kena Si Hadiff. Nasibla... terlepas pandang je sekelip mata, kena la sebijik. huhuhu naik takut si Hadiff. siap berkepit jer ngan kita bila ada 'Ami' tu...

Semalam petang, dua beradik tu dpt peluang mandi kolam depan umah. Tak dpt nak pegi pool, beach atau air terjun, main air dlm kolam jadi lah... Adik Hadiff dah ada kemajuan main air. Klu sebelum ni takut2 mandi pool, kena paksa baru nak berendam, kali ni siap pukul2 air lg main ngan Abang Hareez. Alaaa air kolam tu takat lutut dia boleh la. Klu pool kan dia tak boleh nak jejak kaki dia.... seronok kan dunia kanak2....

Ok Ma. Projek Abang dan Adik - main air hr ni. Mandi sampai menggigil kesejukan dan kecut jari2 tangan

yea yea...best nyer dpt peluang main air hari ni.... dpn rumah pon jadi lah...

Memula dulu Adik x berapa minat masuk kolam air ni. Hari ni x saba nak terjun dah....

Adik da berani main kejar tangkap kaki Abang dlm air

Siap bwk bola dan itik getah...

Abang - Cepat dik. Tgk Mama dik.... Adik - x layan...

Baca seterusnya di... Cuti hujung minggu selepas CNY

Tuesday, February 1, 2011

Balik kg sempena Hari Lahir Nenek HZ dan belasah Durian...

Posted by Mama HZ Tuesday, February 01, 2011, under | 2 comments

Salam hari Selasa... sedang berada di ofis walaupun ramai yg ambil kesempatan cuti panjang sempena Raya Cina minggu nih. Mama HZ setia di opis sampaila esok. Mmg xder plan nak ambik cuti tambahan minggu ni sbb Papa HZ pon x cuti. Cuma kesian kat Hareez sbb bosan cuti2 ni duk umah main games je memanjang...

Kali ni nak cerita pasal balik kg minggu lepas. rasa seronok sgt balik kg kali ni walaupun badan rasa tak sihat. Batuk tak baik2 dan badan cam nak demam. Tapi mengingatkan DURIAN yang dah luruh yg menunggu masa je nak peghabih, mmg tak sabar btol la nak balik kg.

Asyik belasah durian, lupa plak nak snap gambar. waktu balik mmg dah menimbun durian kat dapur umah Mak. apa lg, kul 10.30 malam sampai terus je belasah sebijik dua. esok pg2 pon sambung sarapan ngan durian. sampaila bila dah tak larat makan fresh durian, kopek jer trus bubuh dalam bekas (tupperware). apa lagi, mmg plan nak angkut balik putrajaya lah... fresh durian tu kalau simpan dalam freezer mmg tahan lama. kang bila dah xder musim durian, kat dlm freezer kita masih ada lg. boleh la nak buat kuih ke letak durian kan...wpun takder gambar sendiri, nak letak gak gambar ihsan Mr Google... layan la gambar durian, bagi yg x minat durian, mungkin xder kesan... hehe

Durian tembaga, Salah satu pokok yg nenek ada. Walaupun kulit hijau, isi dia MAR-VE-LES

Tangan sapa la tgh belasah durian tu...

Byk lg durian nenek kat atas pokok. Ala2 dlm gambar tu la. Buat org geram je



salah satu sbb utama balik kg gak minggu lepas ni adalah sbb nak sambut hari lahir Mak. 30 Januari - kata Mak dah 60 dah... haih sihat, muda dan bertenaga lagi Mak walaupun dah 60 thn. Bibik pon pandai cakap, "Ibuk tu tak nampak macam 60 tahun". hehe kan dah kata.

Sabtu malam Ahad tu, lepas je solat Maghrib kami sekeluarga + Mak + Abah + Acik Yaya + Cumi + Bibik gi celebrate makan2 ikan bakar kat D'Muara, Sg Hj Dorani. Family Pak Ngah takder mlm tu, rasa agak tak cukup korum gitu... Walaupun hujan sepanjang hari, kami gagahkan juga naik 2 kereta ke sana. nasib baik tak ramai org malam tu. tatau sbb hujan, atau sbb ramai penyokong merah kuning turun stadium Shah Alam sbb nak bagi sokongan pada Selangor vc Kelantan utk Piala Sumbangsih.

Ada rezeki lebih tahun ni, dpr la beli present 'kecik' utk Mak. Kecik jer...bkn besar pon. Harap2 Mak suka. Semoga mak terus diberi kesihatan yang baik, dijauhkan sebarang penyakit, dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah di dunia dan akhirat. Mak la 'Mamak' nombor 1 dunia dan akhirat.......

nak share gambar2 kami layan makan2 malam tuh.....

Hadiah hari Lahir utk Nenek dari kami yang tak seberapa.. mmg satu tu je lah...
Antara lauk mlm tu - Udang + Sotong goreng tepung, sayur kailan + kangkung, telur bistik
Ikan Siakap 3 Rasa. Lupa nak snap pic Siakap + Sotong bakar
Sup cendawan, telur dadar utk Hadiff

Acik Yaya control cun. belasah Mee Goreng Hailam jerk..

Hadiff pon belasah makan gak. Siap suap sendirik nasik dan telur dadar. comot cam bdk xder mak. Padahal mak dia kat sebelah jer...

Acik Yaya dah cam Mak je. sama tak?

Abah kata best... abah makan mee bandung. kalau makan nasi nnti kenyang sangat katanya.

Hareez plak mkn Nasi Ayam. makan kat sini best katanya, tp ada yg x best sbb tak nampak jeti tpt sampan dan bot berlabuh kat bwh restoran tu. mlm nan gelap dan hujan plak tu....

Papa HZ dan Cumi...

Ni la gambar kami semua. Bibik yg snap pic. Apa? nak tgk gambar Bibik? oklah... kat bawah ni letak gambar Bibik gak...
Bibik NurAinun. Gambar small size je aci tak?

Semua orang dengan aksi masing2...

oklah... cukup dengan aksi mkn2 tu kali ni............

p/s: Mak kata kita kurus sgt la. Tak makan ker? Ntah la Mak. Makan rasanya dah tahap belasah jerk. Tatau pegi mana la zat2 mknn tuh....Adios...

Baca seterusnya di... Balik kg sempena Hari Lahir Nenek HZ dan belasah Durian...

My Precious Topics

Mama's 1st Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mama's 2nd Hero

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sentiasa dalam Kenangan

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers