Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Tuesday, December 28, 2010

Pengalaman Berkhatan (anak & Mama)

Posted by Mama HZ Tuesday, December 28, 2010, under , | 6 comments

Berkhatan...
antara pengalaman yang mesti dilalui oleh semua orang Islam. Samada kanak2 lelaki atau perempuan. Bagi Mama yg ada anak lelaki nih, pengalaman Hareez berkhatan pon sama2 kena lalui jugak...

Hareez baru berumur 5 thn. tp dah sunat? bagusnya, kecik2 da nak sunat. ramai yg kata camtu.. nak tau camner cerita Hareez boleh terbuka hati nak bersunat pd umo 5 thn? perkataan khatan dan sunat akan digunakan secara bergilir2 lps nih....

-CERITA SEBELUM BERSUNAT-

Suatu petang, ada dokumentari pasal berkhatan kat TV1. cerita tu berkisar cara berkhatan moden vs traditional. dia tunjuk camner cara lama nak sunat. kena berendam dalam sungai, disiram oleh bomba pakai paip besar, berkhatan beramai2 kat balai raya. tok mudim siap tunjuk skill mengasah pisau dan alat2 yang digunakan utk acara sunat tuh. lepas berarak beramai2, digendong duduk atas bahu org dewasa, turn utk sunat la plak. dia tunjuk bebudak yg sunat kena duduk atas batang pisang dan ada 2 org budak lelaki besar (belasan thn) yg akan pegang budak bersunat tu. part 'tut.....' dia blur kan. mmg tak nampak la. tp dia tunjuk tok mudim tu sembang2 dulu, baca doa dan...eh dah siap sunat pon. ada yg lepas tu ditanya "Sakit tak?" - bebudak tu senyum jawab "Tak...." - dengan muka senyum selamba.

masa Mama ngan Hareez tgk cerita tu. saja la Mama provoked Hareez.
Mama : Tgk abg tu sunat. dia senyum jerk. tak sakit pon. berani nyer abg tu...
Hareez : Hareez pon nak sunat. Hareez berani ....

Dokumentari diteruskan dgn cerita pasal sunat moden yg ada sekarang. Samada nak pakai laser atau pemilihan alat bantuan yang dikenali sebagai 'clamp'. katanya pakai alat tu kurang sakit dan cepat baik. tak payah jahit2 bagai macam cara tok mudim dulu2..

Selps menonton dokumentari tu, bila ditanya pasal sunat, Hareez akan jawab "Hareez nak sunat, Hareez berani!"
Tanya lg: betul ke berani ni?
Hareez : Betul....
Tanya lg: Tapi sunat tu sakit. ada darah... betul ke nak sunat gak?
Hareez : Betul....
Tanya lg : kat doktor ker kat atuk yg pakai pisau tuh?
Hareez : kat klinik yg ada doktor.
Tanya lg : Betul ni nak sunat? (klu perasan soklan yg sama ditanya. soklan ni ditanya berulang2 utk tempoh sebulan)
Hareez : Betul... tp ngan abg Man....

Sepupu Hareez, abg Man (Luqman,10 thn) mmg bercadang nak sunat thn ni. Mmg tu la idola Hareez pon. Ada la geng nak sunat. tanya2 kat org, klu budak dah mintak, better sunatkan ajer. dah alang2 dia nak...
Tanya kat nenek, nenek pun terkejut gak mulanya. tp... jwpn yg sama. sunatkan jelah....

lepas persetujuan Mak Long (Mama Abg Man), maka Mama pon tempahla date utk sunat Hareez & Abg Man.. kat klinik Lita Alis Presint 9 Putrajaya. klinik ni xder pakai clamp, tp pakai laser. Tgk dari list yg nak sunat, Hareez mmg peserta termuda yg mendaftar...


-CERITA SEMASA BERSUNAT-

Hari yg ditunggu2 pon tiba. Pagi 5 Disember Hareez dan Luqman dah mandi & bersiap. Tp Pak Long (Papa Luqman) plak yg x sampai2 balik dr Jakarta. Tunggu punya tunggu kul 11 gak br gerak ke klinik. sampai klinik, list yg menunggu dah panjang. mmg dpt turn 2 org terakhir dan ada lg 4 org menunggu. Average seorg bdk bersunat antara 20-30 mit. bergantung gak klu dia menangis mmg drag la masanya kata nurse kat situ... so, drpd menunggu kat situ lelama & nmpak plak org yg menangis, better kitorg balik dulu tunggu kat umah. x jauh pon umah - 5 min boleh sampai.

Org cakap klu nak sunat, better pagi2. kurg sakitnya. org yg kata... tp tunggu turn je nak masuk kul 1.30 ptg. mmg x dptla peluang nak sunat waktu pagi. Nurse kat klinik call "Kak, ada lg 2 org nih, klu akak nak dtg ok la...."

kul 1.45 ptg kami gerak balik ke klinik. nampaknya ada lg sorg menunggu. sempat lg Papa Hareez, Pak Long, Hareez & Luqman pegi makan roti canai kat kedai mamak selang berapa pintu dr klinik tu. Sambil berangan Mama ngan Mak Long menunggu, tetiba nama Hareez dah kena panggil. Alamak! orgnyer tgh mkn roti canai lg tuh... terpaksala Mama berlari anak memanggil geng roti canai nih... ish..

Sbb nama Hareez dipanggil dulu, maka Abg Man kena tunggu lg lah... Mama, Papa ngan Nenek temankan Hareez masuk. Dr yg akan sunatkan nama Dr Yousman. mula2 dia sembang2 tanya nama, umur. bg lollipop lg. pastu dia tanya betol ke nak sunat (tanya lg soklan nih). Hareez dgn bangga la jawab. "Betul, Hareez berani nak sunat...."

Pastu sesi bacaan surah Fatihah. pastu dr ckp nak spray sket. nanti rasa sejuk. pastu dah spray, dr pon cucuk bius kat beberapa tpt keliling tuh. Hareez dah start cuak. Apsal lama sgt nih. Dia ingat sunat tu sekelip mata dah siap ker? adoyai...

proses nak make sure ubat bius berjln mkn masa beberapa minit gak. Hareez dah x saba.
asyik2 tanya : "dah siap ker? lama lg ker? cpt la dr....."

Dr pon gunting la sedikit bhgn hujung. mmg bdarah. ibu bapa x thn tgk, mmg cuak gak. lps tu proses nak jahit dan pakai laser utk berentikan darah. masa nih, Hareez siap bgn tgk dia punya 'tut' tu. kena la Mama btindak pegang bhgn bdn dia supaya x bgn. mmg dia x sabar dah....dah kuar air mata dah....

Selepas beberapa minit "berperang", maka sesi sunat berakhir. Lps tu Hareez x nak jln. kena dukung dia nak kuar bilik dr. babai dr pon tak nak dah masa dr bg pesanan2. Dr siap bagi sijil kenangan "Hareez Zaqwan binHazrin telah dikhatankan di Klinik Lita Alis pada 5 Disember 2010 - Menangis / Tidak Menangis". Dr pangkah yg menangis tuh. hehe lawak...sunat pon ada sijil...

kuar bilik dr, turn Abg Man plak masuk. nurse bg mkn 2 ubat sebelum balik. lps byr kos RM120, Hareez x saba ajak balik umah. Tak nak tunggu Abg Man dah....

Sampai umah, terus baring. bukak abis kain pelikat dia. tp x nak bg kena agin. Soh tutup kipas, aircond xper plak. Merengek gak dia sampai kuar ckp "Hareez nak jd girl la...x nak sunat". Mama kata "Hareez da jd big boy pon. X yah sunat dah lps ni. sekali jer sunat tu...". lps merengek2, soh Mama tunggu dia pon tertidur... dpt gak rehat...

Hareez da tidur baru Abg Man balik dr klinik. Abg Man kuat, x nangis pon. Tp sakit katanya... Maka bermulalah episod berpantang dan menjaga org lps bersunat....

-CERITA SELEPAS BERSUNAT-

Beberapa perkara perlu dititikberatkan utk jaga org lepas sunat nih. hehe Mama nak turunkan ilmu nih. kot2 sesapa melalui pengalaman sama nanti, jgn gabra plak ye:

Tips 1 : Pemakanan - Bab jaga mkn Hareez mmg senang. Masak sup ayam jer hari2. klu x sunat pon, mmg itu la pon mknn dia. ayam boleh mkn, cuma jgn bagi bhgn kulit dia. tp nugget, sosej, telur mmg x boleh ye sayang... bkn apa takut gatal. elakkan mknn yg gatal. nnti dia asyik garu, boleh bernanah. lmbt plak baik luka tuh.

Tips 2 : Cucian bhgn luka (part utama) - Dr pesan 2 hari lps sunat jgn bg kena air (x boleh mandi). lps tu kena dtg klinik balik utk bukak balutan & cuci luka. Sblm pegi cuci kat klinik, Nenek bg tips supaya tuang baby oil banyak2 kat plaster tu supaya senang nak cabut. so, bila dr bukak nnti, dia dah x sakit. Lps tu kena mandi dan basahkan tpt luka. biar basah balutan tu dan pegi klinik dlm masa 1/2 jam.

Masa dr check, dia kata luka tu ok. sunat cantik, cepat baik nih. rasanya xder apa2 komplikasi. ok Mama kena continue cuci luka kat umah. dr bagi ubat bunuh kuman, utk letak lps mandi supaya x bengkak dan bernanah.

So, part jagaan luka mmg paling mencabar. Setiap hari kena suruh Haraeez mandi berendam dlm besen mandi adik Hadiff. Dalam air suam tu letak sesudu garam dgn 2-3 keping asam jawa. Petua ni utk matikan kuman dan supaya luka cepat kecut. sblm mandi, basuh 'tut' dia dgn air rebusan daun pucuk jambu batu. pon biar cepat kecut dan baikkan luka.

sambil berendam, Mama kena belek 'tut' Hareez supaya segala kotoran dikeliling luka tu tanggal. seminggu gak pagi & ptg Hareez kena berendam bila mandi. Hareez naik syok plak, ala2 adik yg mandi air suam dlm besen. Lps mandi, kena sapu krim yg dr bg kat keliling tpt yg dijahit. bila dah kering, kotoran tu cepat tanggal. yg tinggal daging yg licin dan luka yang dah baik....

Tips 3 : Kurangkan lasak - ptg ahad lepas bersunat tu, lps bgn dr tido, Hareez dah mengadu bosan. Nak bangun, nak jln2, nak main game. Hilang dah sakit dia, lupa dah perasaaan dia bersunat tadi. uish, tak boleh lg la sayang. kena baring diam2. bila dah baik nak buat apa pon boleh... Nenek dah pesan, jgn turun naik tangga (umah 2 tingkat, ada tangga dlm umah). Mama pon asyik pesan, jln perlahan2, jgn lompat2, tido jgn lasak (seb baik tido straight jer, x pusing2 pon). Playground pon x bleh pegi. kena jaga adik Hadiff jgk supaya x menyerang Abg Hareez. jauhkan diorg berdua dulu. Maka Hareez dilayan cam anak raja, nak turun bawah didukung. nak apa, ckp jerk. siap layan game dgn netbook Mama lg. seb baik ada Acik yaya melayan kerenah dia.

Tips 4 : Buang air besar/kecil - Lps bersunat Hareez boleh terus buang air kecil. nampaknya dia tak takut (atau tak terfikir) pasal sakit ke klu buang air kecil nih. Sebenarnya, xder kena mengena pon kat tpt jahit tu. cuma klu basuh kat hujung dia saja. nak senang, ambik kapas, basahkan dan lap kat hujung 'tut' tu. klu x basuh takut ada kuman plak. lambat baik nanti.... Utk memastikan 'tut'nya sentiasa kering dan bersih, Mama akan lap dgn wet tissue.
Lps 2 hari baru Hareez buang air besar, pon xder takut2 dah. normal jerk...

Tips 5 : Perisai - Perisai? apa nih? Haaa ... org dulu2 akan ikat hujung kain dan gantung kat atas supaya kain x terkena kat 'tut' tu kan. tp Hareez pakai perisai khas. nak tau apa? pakai bekas plastik /tupperware berbentuk bulat yg menutupi keliling 'tut' dia. ala saiz dia bulat sebesar saiz piring. jd kain boleh dipakai seperti biasa tanpa terkena bhgn yg nak dielakkan. nak jln pon senang. duduk main game pon boleh... hehe..


Sunat hari ahad, hr rabu nampaknya tido mlm Hareez dah boleh peluk bantal guling dia. selamba jerk. tido siap meniarap pon ada. hari jumaat dah berani pakai seluar dan dah turun naik tangga jugak. penat mulut Mama nih tegur dia. jgn tuh, jgn nih... huh. cuma bab pantang mkn jer yg jln. yg lain, lupa dah sakit dia.....


Haaa tu la serba sedikit pengalaman sunat Hareez dan Mama Hareez plak kena menjaganya. seminggu Mama cuti tuh. ada org kata sunat kecik2 cepat baik. tatau la betul ker tak. Mama rasa, bab penjagaan paling penting sbb itu yg akan menentukan luka tu cepat baik atau tidak. Apa pon, Alhamdulillah Hareez dah selamat bersunat. seb baik adik Hadiff kecik sgt lg. klu tak Mama soh sunat sekali ngan Abg Hareez. tak pela.. giliran adik nanti plak yek...tunggu besar sket...

Entry ni xder gamba sbb Mama xder picture Hareez sblm dan slps sunat tuh. kat camera Papa la. Papa tulun masukkan dlm ini entry buleh?

moga pengalaman ni boleh dikongsi bersama... Abg tolong jaga adik plak bila turn adik nnti yer... :)

Baca seterusnya di... Pengalaman Berkhatan (anak & Mama)

Tuesday, December 21, 2010

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

Posted by Mama HZ Tuesday, December 21, 2010, under | No comments

Baca seterusnya di... ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

Monday, December 20, 2010

Mcm2 da berlaku....

Posted by Mama HZ Monday, December 20, 2010, under ,, | No comments

Salam akhir tahun....



Dah bersawang-sawang blog ni nampaknya... almaklum.. blog di web. macam2 dah berlaku, macam2 cerita nak cerita... cuma tak tertaip kat sini... maklum (lg?) sajalah... Mama HZ nih mmg berbody bz....

ada macam2 cerita nak cerita... cerita Hareez dulu ker...cerita Hadiff dulu ker... ish...cerita Hareezlah.....

Alhamdulillah Hareez Zaqwan dah berjaya sembuh lepas dikhatankan pada Ahad 5 Disember 2010 yang lepas...sehari sebelum hari jadi Mama (perlu ke mention gak?)

Hareez jd org yang paling muda yg kena sunat kat Klinik Lita Alis presint 9 putrajaya nih. Mmg niat nak sunat ngan "Abg Man", watak utama idola Hareez - sepupu dia. mencabar gak ceritanya pd hari kejadian...Siap dapat sijil kenangan, ala2 sijil penghargaan nama org2 yang kena sunat kat klinik tuh.

Lepas intensive care by Mama selama seminggu (coti la Mamanya), hari Jumaat - hr ke 5 dah berani pakai seluar. lepas pakai seluar mmg dah tak makan saman budak ni. wpun Mama kata "jgn lari2..." - x pedulik. "jgn turun naik tangga" - pon x pedulik. seb baik bab pantang mkn ni boleh jln lagi sbb si Hareez ni pon bukan jenis belasah makan semua. lauk dia hr2 sup pon takper...

Majlis kenduri sunat Hareez memang meriah. Atuk, nenek, Cumi, Acik Yaya, family PLong, family PNgah, family Acu & jiran2 pon datang. Wawan balik umah masak2.


Hadiff punya citer lak. Dari sehari ke sehari semakin banyak akal pandainya. Semakin banyak perkataan dia ikut nak belajar cakap. Gigi da ada 15 batang. cuma nak tunggu gigi taring terakhir belah kiri bwh yang tunggu masa nak muncul. sekali tgk, gigi mmg dah penuh... huish...mknn org lain sibuk nak mintak. kalau mknn dia kemam dalam mulut lama2. kembung pipi dia...

Semakin pandai main bola, sepak, baling. nampaknya Hadiff menunjukkan minat kepada BOLA. Tunggu je nnti aksi Hadiff layan bola....

Sebelum Hareez bersunat, kami dah pegi jalan2 makan angin kat PD. Stay 1 mlm kat Permaisuri Beach Resort. Main kat swimming pool, pastu mandi kat beach.



Ada gak jln2 p KLCC. yela, kang kena pantang masa sunat. Tak leh wat mende pon. kuar pegi playground pon x boleh. kena pantang pon tp game kat PC & netbook masih boleh main... layan je la mcm anak raja....

Demikianlah sedikit sebanyak cerita yg ala2 imbasan secara tidak langsung. Maka sawang2 kat blog ni bolehla dikira removed untuk jangka masa yg ntahla tak tau lg.
Pictures dibawah telah disnap secara nak-tak-tak, ada-tak-der. Layan je la....



Tahun depan, Hareez akan daftar ke sekolah baru. Pra Sekolah Kelas Terbilang - Sekolah Putrajaya Presint 11 (1). Moga Mama ada masa luang untuk coret di sini cerita-cerita seterusnya. untuk kenangan kami bersama jua.....

Till then....babai....

Baca seterusnya di... Mcm2 da berlaku....

My Precious Topics

Mama's 1st Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mama's 2nd Hero

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sentiasa dalam Kenangan

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers