Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Thursday, August 12, 2010

Dugaan yang datang...

Posted by Mama HZ Thursday, August 12, 2010, under , | No comments

Terasa lamanya menyepi sbb bila bukak blog sendiri, entri masih sama. Dlm 3 minggu blog ni bukak hanya nak baca update kwn2 blog Mama HZ. Sebenarnya mcm2 happened dlm masa nih.. sgt x sempat menulis di blog sebab bkn blogger tegar pon (huh alasan... boleh terima ker?)

Sempena Mama HZ kembali ke pejabat hr ni, maka kesempatan diambik (buang masa sbnrnya) nak coret sket. Apa jd ni sampai br hr ni Mama HZ masuk opis?

3 minggu lepas, Hareez Zaqwan accident. Accident? yaaa accident sampai kuar darah bagai. dia berlari dan langgar tembok batu kat dapur. Apa lagi memancut darah kat belakang kepala. Gabra gak...yelah ingat benjol jerk, tp yg kuar darah la plak. Maka dgn segeranya pergi Emergency @ Hosp Putrajaya. Nama je emergency, tp dlm 1 1/2 jam kami menunggu. Jam 10.30 mlm baru dipanggil. Darah kat kepala Hareez pon dah kering. Siap lompat2 lagi. lupa kepala tu sakit. Lepas check by doc & MA, seb baik x kena jahit. hanya letak gam supaya bhgn tu lekat balik. luka tu x dlm rupanya. Alhamdulillah... Hareez x der pening, demam atau muntah. Hrp2 xder effect lepas terhantuk tu... esoknya doc pesan jangan pegi sek. Pastu x bleh lompat2 kat playground. So, ponteng sek sehari... Ambik gambar ni luka pon dah nak baik, x berapa nampak lg...



2 minggu berlalu.. 1 pg Rabu Hareez mengadu sakit mulut bila nak gosok gigi masa mandi nak pegi sek. Balik kerja ptg tu time mandi Mama HZ perasan ada bintik2 merah kat tapak tgn.Eh! apa neh? Apakah? Lps Papa sampai umah, mlm tu terus kami bwk HZs (Hareez & Hadiff) pegi klinik. bwk gakla adik sbb adik pon nampak mcm nak demam.

Lepas check, doc tu sahkan Hareez kena jangkitan wabak tangan, kaki & mulut (HFMD-hand, foot, mouth desease). Mulut dia mmg penuh dengan ulcer. Nak bukak mulut cakap pon susah, mkn apatah lg. Alaihai syian.. So, kena kuarantin. No school, No playground. Aiseh, kena ponteng sek lg... Adik nampaknya okay lg. Ada batuk dan sket selsema..

Hari jumaat, bila Mama balik kerja adik Hadiff demam. Asyik muntah kata Wawan. Bila selak baju dia, masyaAllah bdn dia da penuh dgn bintik2 merah dr bhgn ketiak sampai ke kaki. Ngamuk + merengek. mulut pon penuh dgn ulcer. Sekali lg Mama n Papa bwk Hadiff ke klinik. SAH! kena jangkitan HFMD jugak... Adik kena teruk berbanding Abang. Siap demam panas. panasnya tak turun2. Aiseh sgt2 la risaunya Mama... tambah plak cerita bibik nak balik jugak, x kira apa jadi... huh yg tu mmg memeningkan kapla btolla....Hari sabtu bibik balik gak n kuar dr rumah dgn rasminya...

Maka sampaila smlm (rabu) Mama coti... risau dmm Hadiff x baik2. Tambah plak xder org nak replace bibik jaga Hadiff. Pening nyer... Nenek siap dtg melawat dr kg walaupon atok sakit kaki. bengkak sampai x leh nak jalan. mekasih nenek n atok....

Sampai semalam, demam adik dah hilang. mkn pon dah lalu. dah mau nak main ngan abang n gelak2.. klu x asyik dak dukung jerk. Sek abg masih tutup minggu ni. Isnin depan br sek balik. harap2 adik ngan abg okay bila tinggal ngan wawan kat umah... Mama kena kerja tau. sabtu Mama coti balik ye...

Panjang lebar kan cerita Mama HZ kali neh? maklum la...mmg nak citer tapi x sempat...
Sempena ramadhan yang dah masuk hari ke-2, Mama ucapkan selamat menyambutnya kepada semua saudara seislam. Semoga Ramadhan ini membawa seribu kebahagiaan, kerahmatan dan kita semua dilimpahi dgn fadhilatnya. Amin..... Doakan the HZs (Hareez Zaqwan & Hadiff Zikkry) sihat selalu. Hadiff boleh sambung agenda belajar jlnnya.... Ni gambar semalam, da ceria dan asyik senyum saja....

Baca seterusnya di... Dugaan yang datang...
Share

0 comments:

Post a Comment

My Precious Topics

Mama's 1st Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mama's 2nd Hero

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sentiasa dalam Kenangan

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers