Alhamdulillah... Hareez Zaqwan dah berumur 5 thn pada 20 Ogos 2010 yang lepas. Da seminggu baru Mama berpeluang upload n update sket cerita besday Hareez ni.
Hareez memang menanti-nanti kedatangan 20 hb. Hari2 tanya "hari ni berapa Ogos Ma?". Mama jawab "13 hb... lagi 7 hari".. Sampaila hari yang ditunggu2.. Hareez demam la plak... batuk teruk sampai muntah2. Ponteng sekolah lagi 20 hb tu, hari jumaat... aii virus demam kembali menyerang..
Bangun pagi hari Sabtu, baru dia teringat pasal besday dia. Demam dah kebah sket, boleh bangun dan lompat2.
Hareez: "Ma, hr ni da berapa Ogos?"
Sebelum jawab, Mama tau dah sure dia tension sebab hari ni hari Sabtu dah pun 21 Ogos. Padahal semalam (jumaat) tu Mama dah wish Happy Birthday kat dia walaupun demam. Hareez buat derk jer sbb x larat nak bangun.
Mama :"Hari ni 21 Ogos. Besday Hareez semalam. Da lepas 20 Ogos la...".
Hareez: "Alaaa Hareez nak 20 Ogos..." (sambil aksi merengeknya datang).
Mama: "Laa da terlepas la sayang. Masa Hareez demam semalam tu la...."
Hareez:
Mama: "Hr ni kita pegi berbuka umah Acu ye. Nanti Mama beli kek. Hareez boleh tiup lilin dengan *Abg Man, Kak Long, Kak Ngah, Kak Cah....".
Hareez: " Yeaa.."
*Nama2 berikut adalah sepupu sepapat Hareez. Sure syonok dapat tiup lilin dengan ramai org nyanyi lagu happy birthday....
'Hareez Zaqwan - Mama sentiasa doakan anak Mama ni diberi kesihatan yang baik, akhlak seperti junjungan kita Rasulullah saw dan diberi ilham seperti para malaikat... Semoga menjadi pembimbing kepada semua insan disekelilingmu suatu hari nanti termasuklah Mama dan Papa sendiri.. Amin....'
0 comments:
Post a Comment