Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Wednesday, July 6, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Posted by Mama HZ Wednesday, July 06, 2011, under ,, | No comments

Salam petang Rabu, 6 Julai 2011 bersamaan 4  Syaaban 1432.

Dari sehari ke sehari nak cerita pasal larian kat sekolah Hareez. Minggu lepas mmg plan awal nak balik kg. Tp oleh kerana dapat surat dari cekgu kata Hareez kena pegi sekolah hari Sabtu 2 Julai tu, maka balik kg pon tunda ke petang sket. Papa HZ pon kena pergi kerja la plak. Apa syonok ke kena kerja hari Sabtu tu yek...isk..isk..


Sambung cerita Hareez pagi2 dah kena gerak dr tido (sama je mcm hr sekolah biasa) sebab surat cekgu bagi kena pegi sekolah seawal jam 6.40 pagi. uishh.. subuh ada lagi tu, hari Sabtu plak tu... kena la Mama bangun siap awal2 gak. Klu lambat sket nnti adik Hadiff pon bangun, pastu panjanglah cerita nya pulak. Nampaknya Mama sorang kena pegi sekolah, Papa ngelat kali ni...

Kad Penglibatan Ibu Bapa. Tula sapa anak dah sekolah, mak bapak pon kena sekolah balik...
Berhimpun mendengar taklimat sebelum memulakan larian
Bosan je muka Hareez. Seb baik dah bekpes sblm pegi td. Cer carik mana satu Hareez

   
Sebelum memulakan larian. Larian dimulakan oleh pelajar sekolah menengah, lepas tu baru budak2 sekolah rendah. Budak Pra Sekolah berbaris depan sekali.   
                                                            








Penat ke Hareez? Berpeluh gak la dia...
Al kisahnya, Mama pon ikut jalan sama. Nama je program larian, tp cekgu tak bagi berlari utk kanak2 pra sekolah ni. So Mama pon layan je la jalan kaki sama2 geng pra sekolah ni. Bkn jauh pon. Selalu pegi jogging ngan Papa tu lagi jauh. Lagi pun pegi sekolah asyik naik kete je, sesekali rasala pulak jalan kaki kan....

Larian dimulakan dengan jarak 1.5 kilometer, dijangka akan balik rumah jika salah arah

Selepas berakhir program jalan kaki, budak2 sekolah diberi sarapan. Mama plak tak sarapan td, sempat minum segelas Milo jerk. Tak boleh jadi nih. Kena gak isi minyak. Blom boleh balik lagi ni. Ada program mewarna plak lepas. Kalau tunggu balik, kompom Mama lapo giler. Maka, Mama mengorak langkah ke kantin sekolah. sama2 berbaris ngan murid2 lain dan ibu bapa utk beli sarapan.

Nasi lemak, abis. Kuih2, abis. Roti, abis. Aik, semua abis nak makan apa plak ni. "Puan boleh beli nasik campur", kata pakcik kantin tu. Tadak pilihan, Mama pon berbaris nak beli nasik campur. Ambik nasik sket, 3 ketul ayam kecik2 mcm potongan paprik, kuah sket = RM 3. Air sirap = RM 0.70. Fuh, sirap gitu pon 70 sen, mahal giler, bkn ke zaman Mama HZ sekolah dulu sirap tu baru 10-20 sen jerk. haihhhh....

Acara seterusnya adalah pertandingan mewarna bersama ibu bapa. Budak2 Pra Sekolah mengambil tempat di koridor dan mewarna beramai2. Hareez tanpa toleh kiri kanan terus mula. Tada toleh Mama dah..


Hareez tgh hulur pensil colour suruh cekgu sharp kan

Setau Mama hasil warna lukisan itu, boleh2 saja. hehe anak Mama sorang ni tak minat mewarna. Kejap arah atas bawah, kejap ke kiri kanan.

Berakhir kisah seorang budak sekolah dan Mama yang kena pergi sekolah sekali. Hehe petang tu lepas zuhur, kami pon bertolak balik kg Sg Besar. Nak jumpa atuk dan nenek pulak. 1 julai tu besday Atuk... 
Selamat Hari Lahir Atuk Hussin....

Semoga diberi kesihatan dan kelapangan. Dipelihara Allah dunia akhirat..... Amin....


 

Baca seterusnya di... Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Share

0 comments:

Post a Comment