Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Monday, July 25, 2011

Kursus Kepakaran PTM - Trek Perancangan Strategik ICT

Posted by Mama HZ Monday, July 25, 2011, under , | 1 comment

Salam hari Isnin... Semoga semangat kerajinan berada disekeliling anda semua....

Mama HZ terasa amat lemau masuk opis setelah 5 hari bersantai di luar pejabat. Masuk2 opis, check balik emel, tacap sket kat planner, owh ada meeting itu, ada meeting ini, sapa kena pegi, sapa duk opis saja... Apa? kena kerja Khamis malam? Sapa punya idea la Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam nih... seb baik hr ni xder meeting... tgh mencari semangat yg hilang... kembali melaksanakan rutin kerja opis...

Kemana Mama HZ 5 hr bersantai? Tak kerja ke pegi mengulor bersantai2? hak hak... cer tgk surat kat bawah ni...
Surat Cinta dari JPA
Bukti hadir kursus sebab dapat tentatif program. hahaha


Haish minggu lepas dpt surat cinta kena pergi kerusus 3 hari. 3 hari kena berjuang hehe tanpa hero2 ku itu. Walaupun cuak sbb risaukan Hadiff xder Mama malam2, Mama gagahkan jua pegi kursus tu. Tak pernah lagi tinggalkan Hadiff sejak umurnya 3 bulan (Sekarang da 1 thn 10 bln ++). Tinggalkan masa umurnya 3 bln, mmg sakan dia nangis carik Mama memalam buta tu. Lps tu, baru kali ni lah Mama kena jugak tinggalkan Hadiff (tido mlm tanpa Mama). Seb baik Papa berjaya menguruskan hero2 itu dgn jaya sepanjang Mama pegi bersantai di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang Sepang.

Seri Malaysia tu dekat dgn chalet Camar Laut LKIM masa buat Hari keluarga opis Mama HZ dulu. Belakang LKIM tu jer. Cerita hari keluarga kat sini. Seri Malaysia, hotel kecil berhampiran laut, tpt makan2 seafood, juga Gold Coast Palm Garden Sepang yg serba cantik dah mewah itu. Tak caya cer tgk gambo nih, ihsan en Google...

Cantik kan, cam pokok kelapa sawit gitu (palm)
Eh, td nak citer Seri Malaysia, tetiba citer Gold coast plak. Tak pelah yek enterprem kejap. Mama kena pegi Kursus Pembangunan Kepakaran Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) utk Gred F41/44 bermula 20 Julai sampai 22 Julai (Rabu - Jumaat). Seb baik ada geng bertolak dr opis, Cik Azimah. Sama2 dpt Trek Perancangan Strategik ICT (ISP). Ada kursus trek lain gak kat tpt yg sama, Trek Keselamatan, Trek Pangkalan Data & Trek Rangkaian.  Peserta kursus dalam 77 orang bg keempat2 trek tu.

Trek ISP (ICT Strategic Planning)


Sedang hebak berkursus ni Ahli2 Kumpulan 1 - ISP
Peserta Trek ISP lainnya

Tenkiu Azimah, tumpangkan Mama ke Bagan Lalang, juga menjadi roomateku 3 hari 2 malam

Seronok juga pegi kursus, tukar angin, keluar opis jumpa rakan2 seperjuangan merangkap lain2 Pegawai Teknologi Maklumat dari agensi2 yg berlainan. Klu duk MAMPU ni jerk, tak berkembanglah skill dan pengetahuan mahupun network sesama PTM. Dapat jumpa geng2 tu yg best giler. Sempat juga bersosial dengan berbasikal dari Hotel Seri Malaysia ke tepian pantai lepas habis kursus hr pertama. So, kawan2, layan jelah gambar2 kenangan ni. Tak dapat kulupa kenangan menyepak pedal basikal itu....

Deretan basikal usang Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang. Sewa hanya RM5 sejam

Dah 10 thn lebih tak mengayuh basikal, krem tulang kaki

Geng2 melagho petang tu...

Posing sket... berangan nak stay hotel atas laut nun... tu la Palm Garden Gold Coast tadi...

Bersama roomate kursus

Jangan tak posing beb

Roshayati, Azimah, Tun Zazarina


Kursus tiga hari berakhir jam 12 tengahari Jumaat selepas majlis penutup dan penyerahan sijil oleh pihak JPA. Sehingga bertemu lagi kawan2. All the best to you all....

Kursus da abesss..... Daaaa

Masihkah korang ingat kawan2 ku?


Sekian sahaja cerita hari ini.... Adakah telah diiktiraf sebagai pakar PTM di Sektor Awam? hak hak rasa lawak pulak.... Pakar kemendanya .....Pakar makan ada la...

Balik opis buat mySMS balik la..... kasi up itu myMobile pulak.....

Baca seterusnya di... Kursus Kepakaran PTM - Trek Perancangan Strategik ICT
Share

1 comments:

wahh!! my opismate cik tun zaza tun ada...best la boleh pegi kursus pakar...huhuhu!!

MySMS ? wahh best tuh buat menda alah tu..hehehe!!

Post a Comment