Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Tuesday, March 8, 2011

Kemalangan menimpa Hadiff Zikkry - pecah dan bengkak bibir

Posted by Mama HZ Tuesday, March 08, 2011, under | No comments


Salam semua, assalamualaikum bg yang beragama Islam, Hi to everyone...

Lama gak tak update sebarang info kat blog. Mmg perasan... wpun xder sapa yang menegurnya... hehe. Hari2 mesti bukak punya blog sendiri, x sempat update, baca jela update kat blog member. tu la kekdahnya...

Nak citer... Last week, minggu balik kg. Kg mana? mana lg klu tak kampungku, Sg Besar dihatiku.... Balik kg kali ni meriah sbb mak MIL (mertua) ikut sekali. Nak berurut kat bidan kg katanya. Dah bertahun2 tak pernah berurut, teringin gak nak urut segala urat2 yang dah bersimpul.

Walaupun balik kg hanya smalaman, tp something BIG happened kat Hadiff. Baru beberapa jam sampai kat kg. Nak tau apa kemalangan tuh? Cer tgk gambar ni, agak2 kat mana la penangan kemalangan tuh....

Tak rasa sakit pon....

Nak jd citernya, kat kg ada sebuah jeep mainan.  Abg Hareez gak yg punya dulu. tiap kali balik kg, mmg itulah mainan yg Hadiff suka. Mcm posing kat gambar nih. Haaaa...tu la pon jeep yang dimaksudkan.

 
Selama ni merempit pakai jeep ni laaa...
Jeep yg sama jadi mainan Abang dan Adik...

Kat umah nenek kg tuh, mmg ada satu bendul nak turun dari ruang depan ke dapur. Tinggi bendul tuh. macam nak turun satu anak tangga. Mmg kena langkah betul2 klu nak turun atau naik. kemalangan menimpa Hadiff berlaku bila si Hadiff dengan bangganya drive jeep tu tanpa ada brek lg menuruni bendul tuh. so apa lagi.... tertonggeng la atas simen tuh dgn jeep tu sekali.

Sebelum naik jeep tuh, Hadiff ada je kat tepi Mama kat ruang tamu depan. Beberapa saat je dia naik jeep, ntah gear berapa dah tertonggeng kat simen dapur tu. Alahai Hadiff.... masa jatuh mmg tak nangis. Bila da org lain perasan, dia pon melalaklaaa... mmg luka bibirnya, darah pon meleleh2. Koyak bibir dia, bengkak bibir atas bawah. Syiannn dia..

Petang tu bwk gak p klinik. Lepas amik cheese tart dr Intan Azmira kat Simpang 3 Loji. P klinik kat Sg Besar. Dr bagi ubat 2 jenis - antibiotik dan ubat sapu (oral). Kena bagi antibiotik kata doc, untuk elakkan luka dari bernanah dan lambat baik. seb baik budak Hadiff ni x der masalah nak mkn ubat. dah la tgh mkn ubat batuk + selsema. Tak baik lagi yg tu, dpt plak sakit lain. nasib badan ...

ni la gambar2 sehari lepas kejadian. Semasa kejadian tak teringat plak nak snap picture. harap2 cepat sembuh, dan tak tinggal parut...

Balik dr kg, duk dlm kete.. masih nampak bengkak pd hr kedua
kurang sket ensemmm. tp dah lupa sakit tu..
Ni plak gambar semalam (hr ke-3), merahnya masih nyata. Janganla bernanah, cepat la baiknya...

Ni la sakit mulut tuh. Tp dah tak sakit pon. siap cucuk ngan jari lg..
Baik cepat punya. Mama jgn risau eehhh...

hehe Hadiff Zikkry, macam2 la 'Adik' nih....hero la katakannnnnn

Baca seterusnya di... Kemalangan menimpa Hadiff Zikkry - pecah dan bengkak bibir
Share

0 comments:

Post a Comment