Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Wednesday, March 23, 2011

Aktiviti cuti sekolah dan cuti kerja - Part 1

Posted by Mama HZ Wednesday, March 23, 2011, under | No comments

Assalamualaikum... Cuti sekolah dah berakhir. Mama dah kembali bekerja seperti biasa, Hareez dah kembali ke sekolah, cuma Hadiff duduk kat rumah bkn dgn bibik sorang shj tp dgn Wawan yg dah kembali ke Putrajaya...Seronok Hadiff asyik membuli Wawan pulak... dah 4 bln Wawan duk ngan Acu kat Setapak. Now time to Wawan berkebun kat tanah yang sekangkang kera tuh. Alhamdulillah, kebun kecil tu tgh lebat membuahkan hasil pokok kacang panjang... pokok cili merah pon tak berenti lg buahnya.. lama dah x beli cili merah dan kangkung... hehe sikit sebanyak dpt gak jimat... tu blom hasil pokok2 kecik lain - serai, daun kunyit, pucuk manis, pucuk ubi, daun kari, pegaga, pandan, halia....pokok pisang dan ciku masih setinggi Hadiff.tak tau la bila kuar hasilnya. Lain kali Mama snap gambar kebun kecik tu yer...

Cuti sekolah Hareez lebih bermakna bila Mama n Papa ikut sama cuti. rasa mcm nak buat mcm2 menda. tup2 bebudak berdua ni demam la pulok... maka, akhirnya, kami tak kemana2 (yg jauh2 hehe, yg dekat ttp pegi jua ecehh). Hari ke3 demam Hareez gagahkan diri gak nak kluar (pura2 kata dah baik demam), sebenarnya Mama n Papa nak kluar, dia takut kena tinggal. Lg pun Abg Luqman masih ada, mesti mau ikut gak... Hari Khamis tu kami melawat pesta belon udara panas kat Putrajaya. Ingat nak naik tp msa pegi belon tgh rehat. Tak dapat nak naik. Last2 si Hareez ngan Luqman merasa masuk kat bola udara giant yg boleh golek2. Apa tah nama dia. Orbing? ha gitulah... meh layan gambar2 ni..

dah 3 thn rupanya buat kat Putrajaya...
 
Ini la rupa bola udara yg dipanggil Orbing tu. Boleh masuk 2-3 org dewasa gak
Hareez yg tak pandai balance nak berdiri. Mmg tergolek2 dlm bola tuh.
Luqman tetap menten senyum dalam bola yg panas kat tgh panas tuh
Hareez yg pening lepas tergolek2. Dah la masih demam tp pura2 mcm da sihat

Lepas kami kepanasan dan berpeluh2 beraktiviti lasak kat tgh panas tu, kami decided untuk melepak kat tempat ber'econd. Lagipun perut dah lapar. Nak mkn kat gerai2 kat padang belon panas tu, alahai panas betulla. Tak tahan gitu.. Apa lg, paling dekat tpt bersantai yg ada kat Putrajaya ialah Alamanda. Sampai je sana, memasing nak tgk wayang lak. Last2 ni la movie yang menjadi pilihan bersama.

Lepak tgk wayang citer ni, best gak sesekali tgk kartun.

Citer "Mars needs Moms" ni mengisahkan pengembaraan seorang budak lelaki bernama Milo ke planet Marikh untuk menyelamatkan ibunya yang ditangkap oleh penduduk Marikh. Pemerintah Marikh tu tangkap ibu Milo sebab nak study cara2 nak didik anak supaya mengikut peraturan dan sentiasa berdisiplin macam yg selalu ibu Milo didik anak dia tu.  Lepas tu dia nak apply plak kat robot2 Mars yang baby supaya senang nak dilatih. Nak jadi cerita, Milo baru je melawan kata ibunya dan telah mengeluarkan kata2 yang mengguris perasaan. Bila Milo rasa menyesal, ibunya telah dibawa naik spaceship dan Milo kejar sampai dia tersangkut naik spaceship tu ke Marikh. Di Marikh Milo berusaha bersungguh2 menyelamatkan ibunya dgn bantuan beberapa watak baru di sana. 

Citer ni byk gak unsur2 touching dan kasih sayang sampai berjaya membuatkan Hareez menangis teresak2 dlm panggung tuh. Mmg sedih betul dia part mak Milo diculik, nak kena tembak ngan org Mars tu, part Milo melawan mak dia. Huh time ni la Mama kena selit2 unsur nasihat supaya pengajaran tu sampai pada Hareez. Bkn tgk wayang sesaja. Next time, tak boleh lawan ckp Mama, nnti dah xder Mama sapa yg susah kan..

Milo dan Mamanya berlari bersungguh2 sbb org jahat kejar. Part topi oksigen Mama dia pecah tu sgt menyentuh perasaan.
Ki - watak Mars yg baik hati dan membantu misi Milo tercapai









Sampai sini dulu citer nih. Nnti Mama sambung lagi. Tu yg letak Part 1. sbb rasa nak sambung bg jd ada Part 2. hehe...

p/s : hr ni 23 Mac 2011, mmg hr ni dlm sejarah. Sgt huru hara di pejabat, sempat hantar Wawan ke HUKM dan mcm2 lagi.  Nak tau citer? Tunggu............


Baca seterusnya di... Aktiviti cuti sekolah dan cuti kerja - Part 1
Share

0 comments:

Post a Comment