Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Monday, March 14, 2011

Cuti sekolah sudah bermula - Lawatan ke Johor

Posted by Mama HZ Monday, March 14, 2011, under | No comments

Salam cuti sekolah buat anak2 dan salam meneruskan tugas2 harian buat ibu2 bapa2 yang bekerja, apa jua pekerjaan anda, dimana sahaja anda berada.

Cuti sekolah kali ini apa plan yg telah dirancang? Kesian plak dengar si Hareez hari2 menghitung hari nak bercuti dgn plannya yg ada bermacam2 itu. nak pegi camping la, nak pegi beach la, nak pegi water fall la... sejak sekolah thn ni, dah kenal hari dan hari bulan, tahu je dia bila hari sekolah, tambahan lagi hari cuti sekolah panjang... aishhh, mak bapaknya plak kena memikir, bila cuti sekolah, berapa hari nak apply cuti tahunan jugak...

Plan cuti sekolah  kami bermula Sabtu lepas bila kami sekeluarga dengan mak turun ke Johor melawat family Angah Hizam. Sepupu Hareez si Luqman tu pon ikut sekali, sorang wakil family Along. mmg seronok la Hareez ada geng. Angah Hizam ni Abg kedua Papa HZ. Walau pun Angah masih di Perancis (dah dkt sbln  kerja kat sana), mak tetap nak pegi gak. Nanti bila Angah dah balik boleh pegi lg katanya....Mungkin dgn adik beradik lain pulak...

Pes taim gitu kami ni berjalan jauh sejak ada adik Hadiff. Selalunya paling lama duk dlm kereta pun 2 jam. balik kg Mama kat Sg Besar tuh.. tu pon dah rasa jauh, malas nak lelama travel dlm kete nih....Bkn sbb apa. Si Hareez tu sejak umur 5 bln, mmg diketahui akan muntah bila naik kete. Tak yah pegi jauh, pegi Giant kat belakang umah (adala 4-5 km) pon muntah. Sejak tu, kalau naik kete kenala sediakan plastik muntah. Walaupun bersedia, kengkadang tu terbabas gak kat kusyen kete Papa... hehe berangin jerk klu Hareez da besar2 gini muntah... Dah nak kuar tu la br nak ckp.... hishhh

Perjalanan ke Johor pagi Sabtu bermula jam 7.30 pagi. Singgah bekpes, singgah tuang minyak, singgah si Hareez muntah... akhirnya sampai jugak rumah yg dituju jam 1.30 ptg. seb baik gak tak sesat, carik terus jumpa.

Rumah Angah kat Taman Pasir Putih, Pasir Gudang Johor. Pasir Gudang terkenal dengan kawasan perindustrian dan penuh dgn kilang2 serta dekat dengan pelabuhan. Ala2 Port Klang gitu..Pegi Johor ni pun, ada tujuan lain gak. Mak nak melawat Nenek (mak punya mak) yg terlantar kat rumah Pak Long. Dah sebulan lebih sakit. Baru2  ni nenek buat operate kaki sbb tulang paha dia patah. Masukkan besi. Ada org langgar dia, masa dia nak ke kedai. Nenek ni mmg duk sengsorang kat Port Dickson. bila dah sakit, Pak Long bawak nenek ke Johor. Rumah Pak Long kat Tmn Perling, JB. Melilau gak kami mencari rumah Pak Long. Mcm rusa masuk bandar tak agaknya, walaupun rusa tu pakai Google map... hehe

Lepas melawat nenek, mlmnya kami pi mkn luar. Kata Angah ada tempat best nak mkn seafood. tp kami carik punya carik tak jumpa gak kat Kg Pasir Putih tuh. Akhirnya mkn kat kedai besa jela. Layan siakap ngan sup ekor. bebudak layan telur dadar. Mak pulak layan meehun bandung...

Esoknya Ahad, kami bertolak balik jam 10.00 pagi. anak2 Angah sibuk nak ikut. Tp apakan daya, klu bawak nnti, sapa plak nak hantar balik. hehe tak puas nak main derang tu. Dah lama tak jumpa...Angah ni baru je pindah ke Johor akhir thn lps, dulu duk kat Kg Melayu Subang. Tu yg Mak beriya2 nak pegi melawat. Sampai gak hasrat Mak, walau pun dpt pegi sehari jer.. Lenkali boleh pegi lg ye Mak..

Perjalanan balik amat la lancar. Jln PLUS highway tak jem, kete pon sederhana byk, Hareez tak muntah, berenti sekali je utk lunch kat Pagoh. Dlm jam 2.30 kami dah sampai Putrajaya balik. Alhamdulillah, Allah selamatkan perjalanan pergi dan balik kami....

Catatan kali ni xder gambar. BB abis bateri. xder masa nak cas dia. maka mmg xder gambar kenangan la.... Saja nak kongsi cerita dan buat ingatan masa depan...

Cuti sekolah belum habis..... ada plan nak berjalan lagi????

Baca seterusnya di... Cuti sekolah sudah bermula - Lawatan ke Johor
Share

0 comments:

Post a Comment