Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Friday, March 25, 2011

Aktiviti cuti sekolah dan cuti kerja - Part 2

Posted by Mama HZ Friday, March 25, 2011, under | No comments

Salam buat sahabat, rakan dan saudaraku sekelian... Assalamualaikum...

Petang hari ni nak sambung kisah-kisah percutian cuti sekolah minggu lepas. Lagi lama tangguh, lagi banyak citer nak citer, tp bab menulis mmg  memohon kesabaran dan masa yang lebih. Almaklum, kita ni bkn pandai sgt mengolah ayat nih. Belasah je kan. Petang Jumaat nih, dah nekad, sblm balik nak siapkan gak entry nih.

Walaupun cuti sekolah panjang, tapi Mama n Papa hanya apply cuti hari Khamis dan Jumaat. Hareez makin seronok bila sepupu2 dia datang duk Putrajaya. Ada Kak Long Sofia, Kak Ngah Alissa dan Kak Cah. Abang Man mmg dah hampir seminggu kat Putrajaya. Derang berempat ni adik-beradik. Mmg syonok la klu ada geng nak main n lepak ngan Hareez. Biasanya dia berdua ngan adik jer. Tu pon ada angin jap suka nak main ngan adik, jap main sengsorang malas nak melayan adik dia....isk.. isk...tu pon ada hati nak adik girl... guano tu Papa?

Hari Sabtu kami bercadang nak pegi picnic kat tepi tasik kat Putrajaya. Wawan dah rancang nak masak2 bawak bekal sekali. Budak2 mmg syonok la. Tasik yg kami selalu pegi tu dkt dgn PICC. Ada pondok utk duduk2 picnic, ada playground utk bdk2 main, ada trek utk jogging, pemandangan pon tenang je sbb nampak tasik buatan yang meluas. Jam 8.30 pagi kami dah sampai tepi tasik tu dgn bekalan mknn yg mcm2. Si Hareez angkut bola nak main ngan semua org. Adik Hadiff pon bawak bekal nasik dia.

Beramai2 melepak kat tepiii tasik tu betul2. Pagi yang tenang, matahari pon tak keluar lagi.

Ada terusan kat tepi tasik yg menjana arus elektrik. Cantik tak jambatan atas tasik tuh?

Tpt yang sesuai nak tenangkan fikiran. Wawan mmg selalu rekues nak pegi sini kalau balik Putrajaya
Nilah pondok tempat kami mkn2. Setiap pondok ada 4 seat camni. Nampak tak playground kat dpn sana? Buaian pon ada gak...
Hareez bersungguh2 meniup bubbles. Adik pulak tukang kejar...
Penat dah main, makan dan melepak, masa utk balik.
Lama gak kami duduk kat tepi tasik tuh. dekat kul 11 pagi baru sampai rumah. bila tanya budak2, "Seronok ke picnic hari ni?". Derang ramai2 jawab, "Seronok...Nak pegi lagi....". Yelah, nnti kita datang lagi ye. Klu ramai2 mmg senorok kan........ Siap mkn2 plak tuh.

So, sekolah dah pon masuk seminggu hari ni. Hareez dah menghitung hari cuti sekolah lagi. Dia dah tau tgk kalendar tuh. Bila ada kaler kuning tu, cuti sekolah la kan. So, bila Hareez selak kalendar bulan Mei, byk la plak hari yg kaler kuning. Means, lagi lamala cuti sekolah tu. Dia mulala merekues mcm2  aktiviti. isk...sekolah dulu yek... nanti cuti sekolah baru pikir nak buat aktiviti apa lak....

Dah cuti panjang minggu lepas, mmg rasa malas nak keje hari Isnin. memandangkan ada "National Agenda" yg akan berlangsung hari Rabu 23 Mac, maka tugasan keje perlu diutamakan. ecehhhh berkhidmat utk negara kan...
Hehe sampai sini dulu citer cuti. Nnti Mama sambung citer kejer lak. Till then, BABAiiiiiiiiii.





Baca seterusnya di... Aktiviti cuti sekolah dan cuti kerja - Part 2
Share

0 comments:

Post a Comment