Paparan minat, tanggungjawab, kasih sayang dan tempat berkongsi ilmu pengetahuan selagi bergelar insan di dunia yang fana. Semoga ilmu yang terpapar memberi manfaat bersama...

The H & The Z = The HZ

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge

Monday, June 20, 2011

Mama HZ kembali ...

Posted by Mama HZ Monday, June 20, 2011, under ,,,, | No comments

Assalamualaikum, salam ceria di hari Isnin...

Lama sudah menyepi dan membiarkan sawang bermaharajalela di blog ni. Akibat tahap kepenatan dengan kadar kerja yang maksimum sepanjang 2 minggu lepas, maka kerajinan untuk bersosial dan berblog terus merudum. Punca utama jadual waktu balik kerjaku berubah, punca cuti sekolah tak boleh apply cuti, punca segala2 penat lelah adalah digambarkan oleh sekeping gambar di bawah.


Eh fail biasak jerk. Elok plak susun. Apa yang luar biasanya?


Memang biasak jerk pemandangan fail2 sebegitu. Siap susun baekkkk kan. Tapi tu la dokumen tender yang kena buat evaluation. Dah siang malam asyik teringat perkataan tender la plak. Haru betol dunia Mama HZ masa ni. Tapi semua tu dah berakhir, laporan akhir siap pada hari Khamis 16 Jun. Lepas tu hooorey... terus mintak cuti hari Jumaat and pegi dating2 day ngan Papa HZ.


Ok tak per, biarkan ia menjadi kenangan. Hari ini, walaupun ramai yang declare hari "Monday Blues", ku gagahkan jua mengisi masa lunch hour dengan menulis blog. Harap2 byk cerita2 tak tersimpan begitu sahaja tanpa coretan. 


Dalam minggu huru hara dengan tender tu jugak, kami sekeluarga dikejutkan dgn berita atuk Papa HZ yang terlantar sakit selama ni dah tenat dan nazak. Kul 10 mlm, Papa dan MIL balik kg tgk atuk. Seb baik kg tu kat Nilai jerk. Sempat mengadap atuk sebelum atuk menghembuskan nafas terakhir jam 1 pagi. Al-Fatihah buat arwah Jaafar bin Siraj, atuk yang telah mencapai usia 100 tahun dan 7 bulan. Atuk orang lama yg tinggal di kg tu. Tiada yg seusia atuk masih hidup.


Selama ni atuk tinggal kat kg dengan anaknya yg bungsu yg kami panggil Induk Ati, merangkap adik MIL lain mak. Kg Nilai ni lah yg keluarga belah Papa HZ anggap 'kg' bila hari raya. Nampaknya bila atuk dah xder, bertambah jarangla kami balik menjenguk kg ni. Rumah kayu atuk pon dah di makan usia. 

Pintu masuk rumah sebelah bawah. Tpt terakhir atuk dimandikan

Beranda yang telah dimamah usia. Takut nak naik ramai2

Rumah yang menyimpan 1001 kenangan bg keluarga sebelah Papa HZ


Habis cerita sedih pilu, Mama HZ sambung cerita the HZ plak ye. Sowi Hareez Mama x boleh cuti time cuti sekolah 2 minggu tu. lain kali punya cuti Mama qada' balik ye. Sempak gak kita balik kg, lawat atuk dan nenek, jumpa pak ngah, mak ngah & ayen, jumpa cumi, hantar Acik Yaya balik UPSI. Anggap la tu percutian cuti sekolah gak ye nak...

Hadiff Zikkry ada minat baru setiap kali nak tidur malam. dia akan carik BBerry Mama and suruh snap gambar dia. Dlm gelap2 tu la dia sibuk sebut 'Cheese'.... pastu  akan tgk balik gambar2 dia dlm BBerry tuh. aiseh, makin lambat la tidur mlm Mama....

Dalam gelap, bila flash kuar lampu, mata pon pejam.

Aiseh, kalau sebut cheese tu, mmg sampai pejam2 mata lahhhh...

Mata saya mmg kecik la Mama, nak buat camner..

Marah pulak tu klu sorok BBerry. Tak abis nak bergambar lg la Maaa...
 
Seterusnya layan gambar2 jelah... Hareez lg 2 bln akan berusia 6 thn. Hadiff pon sama, lg 2 bln 14 hari akan berusia 2 thn. Masih mcm baby rasanya, terutama bila menyusu dr Mama HZ. Sayang anak2 Mama, kalian menceriakan dunia Mama walau apa pun halangan dan tugasan yang tersedia dihadapan. mmmuuuahhh......

Layan lampu kat pasar malam Putrajaya

Abang Hareez balik mengaji dr surau

Sudah pandai bergaya dengan memilih baju2 untuk menyemat, berstoking, berkasut dan memakai minyak rambut mcm Papa. Kadang2 mintak minyak wangi jugak

Makin byk ragam adik,  nak belajar cakap jugak

Dapnye nenen Mama... hehe
Sorang panjang, sorang bulat yek.... Part mana yg sama? Telinga?

To Papa Hz yang memulakan hari pertama di Office baru, selamat segala2 baru. Kawan baru, bos baru, geng makan baru, meja baru, kerusi baru, ehhh macam2 baru kan? Gud luck Papa... juga sempena Hari Papa semalam. We love u so much...... 

Buat atuk yg menjadi 'Abah' Mama. Semoga diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. "Ya Allah , peliharalah kedua ibu bapaku seperti mana mereka memelihara dan mengasihaniku sejak ku kecil sehingga lah sekarang............. amin...."

 

Baca seterusnya di... Mama HZ kembali ...
Share

0 comments:

Post a Comment

My Precious Topics

Mama's 1st Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mama's 2nd Hero

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sentiasa dalam Kenangan

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers